Kawat Maut Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 2,434 tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.
Pada 1942, tentera Australia dan British, yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal laut ke Borneo Utara, untuk membina padang terbang di Sandakan. Tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Ramai yang mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat makin hampir, komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu).
Tahanan Australia dan british ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam perjalanan tersebut, lebih 2,434 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit. Untuk memperingati peristiwa ini, kerajaan Australia telah mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Sandakan Ranau.
Inventory of the Japanese War Crime Tribunal Documents, 1946-1948 The University of New Mexico, University Libraries, Center for Southwest Research.Box 18, Folder 73:No. 1671A. Oct. 26, 1945. War Crimes. Sandakan Area. Joint Statement by Chen Kay, Chin Kin, and Lo Tong against Sgt. Naoji Rosotani, Kempei Tai. Box 20, Folder 57: No. 3211. IMTFE, sworn deposition of Takakura, Tadashi, 9-8-47. Captain Takakura Tadashi was the commander of the Sandakan Camp when the POWs were marched from Sandakan to Ranau, on the Second Death March, 29 May 1945