Kecederaan paru-paru berkaitan penggunaan produk rokok elektronik atau vaping (bahasa Inggeris: E-cigarette, or Vaping, product use Associated Lung Injury, disingkat E/VALI),[2][a] atau kecederaan pulmonari berkaitan vaping (bahasa Inggeris: Vaping-Associated Pulmonary Injury, disingkat VAPI),[4] juga dikenali sebagai kecederaan paru-paru berkaitan vaping (bahasa Inggeris: Vaping-Associated Lung Injury, disingkat VALI)[1] ialah penyakit paru-paru beerkaitan dengan penggunaan produk vaping yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa.[3] Gejala awalnya mirip dengan diagnosis peparu umum seperti pneumonia, tetapi individu biasanya tidak berkesan pulih dari terapi antibiotik. Individu biasanya datang untuk dirawat dalam beberapa hari hingga beberapa minggu setelah munculnya gejala.
Mulai pada September 2019, Pusat Kawalan dan Pencegahan PenyakitAmerika Syarikat (CDC) telah melaporkan wabak penyakit paru-paru teruk berkaitan dengan vaping seluruh negara,[15] atau proses menghisap bahan aerosol dengan rokok elektronik dikendalikan dengan bateri (rokok elektronik),[16] ciga-likes, atau vape mods. Kes-kes kecederaan paru-paru terjadi sekurang-kurangnya hingga April 2019.[17] Setakat 4 Februari 2020[kemas kini], 2,758 kes VAPI telah dilaporkan ke CDC, dengan 64 kes kematian yang disahkan.[3]
Semua kes VAPI yang dilaporkan CDC melibatkan sejarah penggunaan e-rokok, atau produk vaping, dengan sebahagian besar sampel yang diuji positif untuk tetrahidrokanabinol (THC) oleh Pentadbiran Makanan dan DadahAmerika Syarikat sehingga kini dan sebahagian besar pesakit melaporkan sejarah penggunaan produk yang mengandungi THC.[3] CDC mengatakan bahawa aditif vitamin E asetat ialah punca yang sangat kuat dikaitkan dalam VAPI,[18] tetapi bukti belum cukup untuk mengesahkan penyumbangan bahan kimia lain yang menjadi perhatian VAPI pada Januari 2020.
^Henry, Travis S.; Kanne, Jeffrey P.; Kligerman, Seth J. (September 2019). "Imaging of vaping-associated lung disease". The New England Journal of Medicine. 381 (15): 1486–1487. doi:10.1056/NEJMc1911995. ISSN0028-4793. PMID31491070.
^Hswen, Yulin; Brownstein, John S. (2019). "Real-time digital surveillance of vaping-induced pulmonary disease". The New England Journal of Medicine. 381 (18): 1778–1780. doi:10.1056/NEJMc1912818. ISSN0028-4793. PMID31539466.
^Gotts, Jeffrey E.; Jordt, Sven-Eric; McConnell, Rob; Tarran, Robert (2019). "What are the respiratory effects of e-cigarettes?". BMJ. 366: l5275. doi:10.1136/bmj.l5275. ISSN0959-8138. PMID31570493.
^Carlos, W. Graham; Crotty Alexander, Laura E.; Gross, Jane E.; Dela Cruz, Charles S.; Keller, Jonathan M.; Pasnick, Susan; Jamil, Shazi a (October 2019). "ATS health alert — Vaping associated pulmonary illness (VAPI)". American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine. 200 (7): P15–P16. doi:10.1164/rccm.2007P15. ISSN1073-449X. PMID31532698.
^Carlos, W. Graham; Crotty Alexander, Laura E.; Gross, Jane E.; Dela Cruz, Charles S.; Keller, Jonathan M.; Pasnick, Susan; Jamil, Shazia (October 2019). "Vaping associated pulmonary illness (VAPI)". American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine. 200 (7): P13–P14. doi:10.1164/rccm.2007P13. ISSN1073-449X. PMID31532695.
^Triantafyllou, Georgios A.; Tiberio, Perry J.; Zou, Richard H.; Lamberty, Phillip E.; Lynch, Michael J.; Kreit, John W.; Gladwin, Mark T.; Morris, Alison; Chiarchiaro, Jared (October 2019). "Vaping-associated acute lung injury: A case series". American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine. 200 (11): 1430–1431. doi:10.1164/rccm.201909-1809LE. ISSN1535-4970. PMID31574235.
^Layden, Jennifer E.; Ghinai, Isaac; Pray, Ian; Kimball, Anne; Layer, Mark; Tenforde, Mark; Navon, Livia; Hoots, Brooke; Salvatore, Phillip P. (September 2019). "Pulmonary illness related to e-cigarette use in Illinois and Wisconsin — Preliminary Report". The New England Journal of Medicine. 382 (10): 903–916. doi:10.1056/NEJMoa1911614. ISSN0028-4793. PMID31491072.