Kejohanan Kelab ASEAN

Kejohanan Kelab ASEAN
Badan penganjuranAFF
Ditubuhkan2003; 21 tahun yang lalu (2003)
KawasanAsia Tenggara
Jumlah pasukan12
Juara semasaSingapura Tampines Rovers (gelaran pertama)
Kelab paling berjayaIndia East Bengal
Singapura Tampines Rovers
(Masing-masing 1 gelaran)
Kejohanan Kelab ASEAN 2024–25

Kejohanan Kelab ASEAN atau ACC, juga dikenali sebagai Piala Shopee atas sebab penajaan, ialah pertandingan bola sepak kelab antarabangsa yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN antara kelab juara domestik.[1] Pertandingan ini disokong oleh AFC dan FIFA.

Kelayakan ke pertandingan itu adalah untuk kelab juara dari negara gabungan AFF sahaja. Walaupun juara untuk edisi 2003 adalah jemputan dari India.[2][3][1][4]

Kejohanan Kelab ASEAN pertama kali diadakan sebagai kejohanan dwitahunan pada 2003 dan 2005.[5] Edisi pertama telah ditaja oleh LG Electronics, yang juga dikenali sebagai Kejohanan Bola Sepak Kelab Asean Piala LG.[6] Bagaimanapun, kejohanan itu gagal mendapat sambutan kerana kekurangan penaja dan bercanggah dengan kalendar utama Konfederasi Bola Sepak Asia. Rancangan untuk menghidupkan semula kejohanan bermula seawal 2012.[7]

Kebangkitan semula kejohanan pertama kali dicadangkan pada 2019[1] tetapi dihalang oleh pandemik COVID-19.[8] Kejohanan itu telah dihidupkan semula pada April 2024 untuk edisi 2024–25 dengan penaja tajuk baharu, Shopee, dengan kejohanan itu dipanggil Piala Shopee.[9]

Format pertandingan

[sunting | sunting sumber]

Format Kejohanan Kelab ASEAN adalah sama seperti Piala AFC, setiap persatuan bola sepak kebangsaan di Asia Tenggara menghantar kelab juara mereka mewakili pemenang liga domestik. Pasukan yang mengambil bahagian dipecahkan kepada kumpulan beberapa pasukan (bergantung kepada bilangan sebenar pasukan yang mengambil bahagian dalam setiap kumpulan), dengan setiap pasukan menentang pasukan yang lain dalam kumpulan masing-masing dalam format perlawanan kumpulan. Juara dan naib juara setiap kumpulan mara ke suku akhir atau separuh akhir, bergantung kepada bilangan kumpulan. Perlawanan akhir ini dimainkan sebagai pertandingan kalah mati di negara tuan rumah.

Keputusan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Juara Jaringan Naib Juara Venue Kehadiran
2003 East Bengal India 3–1 Thailand BEC Tero Sasana Indonesia Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
2005 Tampines Rovers Singapura 4–2 Malaysia Sri Pahang Brunei Stadium Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan
Tahun Tuan Rumah Jaringan Pelawat Venue Kehadiran
2024–25
Pasukan menang menerusi agregat atau sepakan penalti

Prestasi Kelab

[sunting | sunting sumber]
Kelab Juara Naib Juara
Singapura Tampines Rovers 1 (2005)
India East Bengal[10] 1 (2003)
Malaysia Sri Pahang 1 (2005)
Thailand BEC Tero Sasana 1 (2003)

Statistik

[sunting | sunting sumber]

Prestasi Negara

[sunting | sunting sumber]
Negara Juara Naib Juara Jumlah
 India 1 0 1
 Singapura 1 0 1
 Malaysia 0 1 1
 Thailand 0 1 1

Penjaring terbanyak

[sunting | sunting sumber]
Tahun Pemain Kelab Gol
2003 India Baichung Bhutia India East Bengal 9
2005 Cameroon Bernard Tchoutang Malaysia Sri Pahang 7
2024–25 7
  1. ^ a b c McCullagh, Kevin (6 November 2019). "Asean Club Championship to launch after getting AFC and Fifa backing". SportBusiness. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2021. Dicapai pada 17 November 2019.
  2. ^ "AFC Statement on the Asean Club Championship | Football News |". the-AFC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-24. Dicapai pada 2019-12-24.
  3. ^ "Fox Sports". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-06. Dicapai pada 2019-11-17.
  4. ^ Ninan, Susan (1 November 2016). "Before BFC in 2016, there was East Bengal's ASEAN win in 2003". ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2020. Dicapai pada 31 August 2022.
  5. ^ "AFF to launch ASEAN Club Championship in 2020 featuring top clubs from Southeast Asia". Fox Sports Asia. 5 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2019. Dicapai pada 29 December 2020.
  6. ^ Krishnan, Raghu (3 August 2003). "Corporate sponsorships made East Bengal champions". The Economic Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2022. Dicapai pada 31 August 2022.
  7. ^ Noveanto, Eric (8 February 2012). "South-East Asia nations to organise Asean Club Championship | Goal.com". Goal. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2019. Dicapai pada 29 December 2020.
  8. ^ "Asean Club Championship postponed to next year". The New Paper. 26 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2022. Dicapai pada 30 March 2020.
  9. ^ Chia, Han Keong (4 April 2024). "New ASEAN Club Championship launched with 14 top regional football clubs set to vie for annual honours". Yahoo News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2024. Dicapai pada 5 April 2024.
  10. ^ "Chronology of Important Sports Events — West Bengal". wbsportsandyouth.gov.in. Kolkata: Government of West Bengal – Department of youth services and sports. 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2022. Dicapai pada 25 January 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.