Bandar tuan rumah | London, United Kingdom |
---|---|
Penyertaan negara | 73 |
Penyertaan atlet | 637 |
Tarikh | 9 - 15 September |
Stadium utama | Pusat Akuatik London |
Kejohanan Renang Para Dunia 2019 merupakan edisi Kejohanan Renang Dunia Para ke-10 yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC). Kejohanan ini merupakan salah satu acara kelayakan untuk acara renang pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 . Acara ini ditaja oleh Allianz. [1]
Pada 2017, IPC mengumumkan bahawa acara itu akan dianjurkan di Kuching, Malaysia . Namun pada 27 Januari 2019, Malaysia telah dilucutkan hak penganjurannya kerana kerajaannya tidak membenarkan atlet Israel masuk ke negara tersebut dan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Pada 15 April 2019, London, United Kingdom telah diumumkan sebagai tuan rumah yang baharu untuk kejohanan ini. [2]
Pada September 2017, Kuching, Sarawak diumumkan sebagai tuan rumah kejohanan ini oleh IPC setelah mengalahkan London.[3][4] Kejohanan ini asalnya akan dianjurkan di Pusat Akuatik Pandelela Rinong dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2019. Malaysia turut akan menjadi negara Asia yang pertama untuk menganjurkan kejohanan tersebut.[3]
Pada tahun 2019, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan melarangkan atlet Israel daripada bertanding dalam kejohanan ini sebagai tanda solidariti terhadap Palestin. Keputusan ini telah disokong oleh 29 NGO Malaysia.[5] Setelah bermesyuarat di London, IPC telah mengumumkan bahawa mereka akan melucutkan hak penganjuran Malaysia atas sebab kegagalan Kementerian Dalam Negeri Malaysia memberikan jaminan yang diperlukan oleh atlet Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.[6] Keputusan ini dibuat selepas Kementerian Luar Negeri Israel mengeluarkan kenyataan yang mengatakan tindakan Malaysia untuk melarangkan atlet Israel "memalukan dan betul-betul menentang semangat Olimpik".[7] Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut, Mahathir Mohamad, kekal dengan pendirian kerajaannya.[8] "Dia (IPC) nak batal, batallah. Saya dapati dunia terpaksa ikut (cakap) Israel, saya tidak faham kerana dunia ada kuasa tetapi masih terpaksa ikut Israel... tetapi kita tidak ikut," ujar beliau. Keputusan kerajaan Malaysia telah menerima pujian daripada kolumnis tamu Al-Jazeera, Dr Muhammad Al-Umar.[9]
Pada 11 Februari, IPC telah mengumumkan bahawa mereka sedang mencari penganjur yang baharu.[10] London telah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan ini pada April 2019.[11]
637 perenang dari 73 negara telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. [12]
Kejohanan ini merupakan salah satu pertandingan daripada siri kejohanan renang para yang diadakan di tujuh negara yang lain. Siri in bermula pada 15 Februari di Melbourne, Australia. Kejohanan yang seterusnya telah diadakan pada bulan April di Indianapolis, São Paulo dan Glasgow, pada bulan Mei di Singapura, pada bulan Mei dan Jun di Lignano Sabbiadoro, dan di Berlin pada 9 Jun. [24] [25]
Kejohanan itu merupakan salah satu acara kelayakan bagi renang di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 yang diadakan di Tokyo, Jepun. [26]
* Tuan rumah (Great Britain)
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | ![]() | 20 | 18 | 12 | 50 |
2 | ![]() | 19 | 14 | 14 | 47 |
3 | ![]() | 18 | 15 | 21 | 54 |
4 | ![]() | 17 | 22 | 16 | 55 |
5 | ![]() | 14 | 16 | 5 | 35 |
6 | ![]() | 13 | 11 | 17 | 41 |
7 | ![]() | 8 | 8 | 5 | 21 |
8 | ![]() | 7 | 1 | 2 | 10 |
9 | ![]() | 6 | 1 | 3 | 10 |
10 | ![]() | 6 | 1 | 0 | 7 |
11 | ![]() | 5 | 6 | 6 | 17 |
12 | ![]() | 5 | 1 | 1 | 7 |
13 | ![]() | 3 | 7 | 4 | 14 |
14 | ![]() | 3 | 5 | 6 | 14 |
15 | ![]() | 3 | 2 | 1 | 6 |
16 | ![]() | 3 | 1 | 1 | 5 |
17 | ![]() | 2 | 7 | 14 | 23 |
18 | ![]() | 2 | 7 | 5 | 14 |
19 | ![]() | 2 | 0 | 0 | 2 |
20 | ![]() | 1 | 4 | 3 | 8 |
21 | ![]() | 1 | 2 | 1 | 4 |
22 | ![]() | 1 | 1 | 2 | 4 |
23 | ![]() | 1 | 1 | 1 | 3 |
24 | ![]() | 1 | 0 | 0 | 1 |
25 | ![]() | 0 | 3 | 6 | 9 |
26 | ![]() | 0 | 1 | 3 | 4 |
27 | ![]() | 0 | 1 | 1 | 2 |
![]() | 0 | 1 | 1 | 2 | |
29 | ![]() | 0 | 1 | 0 | 1 |
![]() | 0 | 1 | 0 | 1 | |
31 | ![]() | 0 | 0 | 4 | 4 |
32 | ![]() | 0 | 0 | 2 | 2 |
![]() | 0 | 0 | 2 | 2 | |
34 | ![]() | 0 | 0 | 1 | 1 |
![]() | 0 | 0 | 1 | 1 | |
![]() | 0 | 0 | 1 | 1 | |
![]() | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (37 negara) | 161 | 159 | 163 | 483 |
Sebanyak 188 rekod telah dipecahkan dalam kejohanan ini: 39 rekod dunia, 55 rekod Kejohanan, 22 rekod Afrika dan Oceania, 21 rekod Asia, 17 rekod Amerika serta 12 rekod Eropah.[27]