Kek Lapis Sarawak | |
---|---|
Nama alternatif | Kek lapis Sarawak, Kek lapis Moden Sarawak, Kek Sarawak, Kek lapis |
Jenis | Kek lapis |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Sarawak |
Bahan utama | Mentega, tepung gandum atau minyak sayuran, gula, telur, seri kaya |
sunting · sunting di Wikidata |
Kek Lapis Sarawak (كيك لاڤيس سراوق) adalah sejenis kek lapis yang lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia pada majlis-majlis khas. Dalam bahasa Melayu, kek itu dikenali sebagai kek lapis Sarawak, kek lapis moden Sarawak, atau hanya kek lapis. Kek lapis Sarawak sering dihidangkan semasa perayaan keagamaan atau kebudayaan seperti Aidilfitri, Krismas, Deepavali, hari lahir dan majlis perkahwinan serta dijadikan sebagai buah tangan oleh pelancong yang berkunjung ke Sarawak.[1] Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi rumah terbuka pada hari perayaan. Ciri unik rumah terbuka di Sarawak adalah kek berlapis moden.
Kek Lapis Berasal Dari Negeri Sarawak, dengan Pengaruh Cake Layer Dari Europe.
Orang-orang Sarawak kemudian menambah dan mengubah bahan-bahan baru, rasa, corak dan warna yang menyebabkan versi baru kek lapisan telah diperkenalkan dan dinamakan sebagai kek lapis Sarawak.[2] Di samping itu, kek lapis moden Sarawak diilhamkan oleh pembuatan kuih Barat pada awal tahun 1980-an. Pada tahun 2011, pembuat kek Kek lapis Qalas Qalas memperkenalkan reka bentuk moden kepada kek lapis tradisional, bersama-sama dengan rasa baru yang lebih sihat kandungan khasiatnya. [3]
Sebenarnya Kek lapis Sarawak dan Betawi tidak sama kerana "Kue lapis"(Lapis Cake) yang berasal dari Betawi sejarahnya berawal Eropah penjajah Eropah iaitu Belanda,"Kue lapis" sebenarnya sama dengan kek yang berada di barat iaitu "Layer Cake" , manakala Kek lapis Sarawak mempunyai adunan yang berbeza dan tekstur yang berbeza , Kek lapis Sarawak juga lebih mampat manakala Kue lapis yang berada di Betawi teksturnya lembut lebih kurang dengan Kek orang Eropah.
Kek lapis moden Sarawak boleh dibahagikan kepada dua jenis: kek dengan lapisan biasa dan kek dengan berbagai corak, motif, atau bentuk (bentuk yang selalu digunakan adalah gegulung, swiss roll). Kedua-dua jenis kek mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua warna yang berbeza. Kek lapis ini perlu dibakar di dalam ketuhar pada suhu tinggi secara berlapis dan dibakar berasingan mengikut ketebalan yang diingini. Adunan menggunakan mentega, marjerin atau minyak sayuran, telur, tepung gandum, dan gula [4] serta memerlukan kekuatan lengan yang jitu atau pengadun elektrik untuk memukul adunan tersebut supaya adunannya sebati dan sempurna. Kek yang telah siap dibakar akan mempunyai tekstur yang pejal serta lembut dan setiap lapisan kek akan dicantumkan dengan seri kaya, jem atau bahan manis yang melekit. Kek yang lebih terperinci corak, motif dan bentuknya memerlukan peralatan khas untuk memotong dan disusun sehingga menghasilkan corak motif dan bentuk yang menjadi ikon kek lapis ini. Secara tradisinya, kandungan gula yang tinggi digunakan untuk membuat kek lapis Sarawak menyebabkan kek lapis Sarawak tahan lebih lama tanpa perlu disimpan ke dalam peti sejuk.[5]
Di Malaysia, kek lapis Sarawak telah dilindungi hakcipta nama dan tempat pengeluarannya sejak tahun 2010, didaftarkan dan diluluskan pada 10 November 2010 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.[6] Oleh yang demikian, sebarang produk hanya boleh digelar atau dijenamakan sebagai "kek lapis Sarawak/Sarawak layer cake" jika kek tersebut dibuat di Sarawak, Malaysia berdasarkan spesifikasi Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS).[7] Adalah menjadi kesalahan berat untuk melabel kek yang dibuat sama rupabentuk seperti "kek lapis Sarawak/Sarawak layer cake" jika kek tersebut tidak dibuat di Sarawak, dan secara tegasnya, pembuat kek yang berada di luar Sarawak hanya boleh menamakan dan melabel produk mereka secara sah dengan nama "Kek Lapis" dan ditambah dengan perkataan seperti "Bergaya Sarawak"/"Ala Sarawak"/"Stail Sarawak" ("Sarawak-style Layer Cake").
Kek lapis Sarawak telah menjadi cabaran teknikal bertemakan voyage gourmand (seni makanan rantau) kepada peserta pembuat kek dan pastri dalam rancangan bersiri Le Meilleur Pâtissier (Jurupastri Terbaik) dalam episod ke 8, musim ke 7 pada 31 Oktober 2018 terbitan bersama Perancis-Belgium di saluran televisyen tempatan, RTL-TVI.[8][9]
Kek lapis Sarawak telah menjadi salah satu cabaran peserta pembuat kek dan pastri dalam rancangan bersiri The Great British Bake Off yang disiarkan dalam episod ke 7, musim ke 10 pada 8 Oktober 2019 di saluran televisyen tempatan UK, Channel 4. [10][11]
Nama pelakon dan pengacara Neelofa serta beberapa artis terkenal di Malaysia dijadikan sebagai inspirasi nama kek lapis ala Sarawak oleh ibuempire.[12]
|dead-url=
ignored (bantuan); Invalid |display-authors=3
(bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan); Invalid |display-authors=3
(bantuan)