Kelicap merah ekor api

Kelicap merah ekor api
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Nectariniidae
Genus: Aethopyga
Spesies:
A. temminckii
Nama binomial
Aethopyga temminckii
(Müller, 1843)

Kelicap merah ekor api (Aethopyga temminckii),[2] turut dikenali sebagai kelicap merah,[3] ialah spesies burung kelicap. Ia dijumpai di hutan gunung lembap tropika pada ketinggian mencapai 1800 m di Borneo, Sumatera, Malaysia Barat, dan barat daya Thailand.

Nama umum dan nama Latin burung ini memperingati seorang bangsawan dan ahli zoologi Belanda, Coenraad Jacob Temminck.[4]

Betina - Gunung Doi Ang Khang - Thailand.

Ia pernah dianggap konspesifik dengan kelicap merah rimba, Aethopyga mystacalis.

Kelicap merah ekor api mempunyai panjang 10 cm (betina) -12.5 cm (jantan). Burung jantan yang berekor lebih panjang kebanyakannya berwarna saga, kecuali pada perutnya yang kelabu, jalur kuning dan ungu di antara belakang dan ekor, serta empat jalur ungu di kepala yang bermula dari paruh. Burung betina pula berwarna zaitun kusam, kecuali pada tepi sayap dan bulu ekornya yang perang kemerahan.

  1. ^ BirdLife International (2016). "Aethopyga temminckii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T103804369A104300960. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T103804369A104300960.en. Dicapai pada 12 November 2021.
  2. ^ "KELICAP MERAH EKOR API – liewwk Nature". Liewwk Nature. 26 Februari 2024.
  3. ^ Aethopyga temminckii. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/48148. [Didapatkan kembali 12 Disember 2012].
  4. ^ Beolens, Bo; Watkins, Michael (2003). Whose Bird? Men and Women Commemorated in the Common Names of Birds. London: Christopher Helm. m/s. 335–336.