![]() | |
Intisari agensi | |
---|---|
Bidang kuasa | Negara Palestin |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | http://www.moh.ps/?lang=1 |
Kementerian Kesihatan Negara Palestin ialah sebuah agensi kerajaan di Negara Palestin. Kementerian tersebut dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat. Selepas Hamas mengambilalih Gaza pada 2007, kerajaan Hamas telah melantik menteri kesihatan silihan untuk Genting Gaza.
Kementerian tersebut adalah salah satu daripada empat penyedia penjagaan kesihatan utama Palestin, di samping Perkhidmatan Perubatan Tentera, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNWRA), NGO, dan sektor swasta. Ia mengendalikan 27 buah hospital sekunder dan tertier Palestin dan 61% daripada jumlah katil hospital.[1]
Sehingga 2023, Menteri Kesihatan ialah Dr. Mai al-Kaila .
Berikut ialah senarai menteri kesihatan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin:[2]