Ken Owen

Ken Owen
Nama lahirKenneth Owen
Kelahiran (1970-04-23) 23 April 1970 (umur 54)
Berasal dariBillinge, Merseyside, England
GenreGrindcore, death metal
PekerjaanPemain dram
InstrumenDram, vokal
Tahun aktif1985–1999 2008 2009 2010 2013
Pengkarya berkait
Carcass, Blackstar

Ken Owen (lahir Kenneth Owen, 23 April 1970, Billinge, Merseyside) adalah pemain dram dari Inggeris. Beliau dilahirkan di Billinge, dan dibesarkan di Gayton, Merseyside. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli pengasas Carcass, yang mana beliau turut mengendalikan beberapa vokal.[1] Selepas kugiran ini berpecah pada tahun 1995, dia mulakan Blackstar, bersama-sama dengan dua orang ahli Carcass yang lain.[2] Pada bulan Februari 1999, beliau mengalami pendarahan otak di rumah dan terpaksa menghabiskan masa dalam sepuluh bulan di hospital perlahan-lahan muncul dari koma, menjadikannya mustahil pada masa untuk dia terus bermain dram.[3]

Baru-baru ini, beliau telah mula bermain dram sekali lagi, tetapi kebanyakannya membuat muzik menggunakan program perisian komputer Reason. Pada tahun 2008, beliau menyertai Carcass atas pentas di Sweden Rock Festival 2008, festival Wacken Open Air 2008, Damnation Festival 2008 & 2013, 2009 di Bloodstock Open Air dan dalam 2010 di Vagos Open Air untuk memainkan dram solo pendeknya.

Beliau kini merupakan seorang pelajar di Confetti Institut Teknologi Kreatif di Nottingham.

  1. ^ Prato, Greg. "Biography: Carcass". Allmusic. Dicapai pada 18 March 2010.
  2. ^ Rivadavia, Eduardo. "Biography: Blackstar". Allmusic. Dicapai pada 18 Mac 2010.
  3. ^ "Carcass Drummer Slams Magazine Over Award 'Cancellation'". Blabbermouth. 18 Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-06. Dicapai pada 18 Mac 2010.