Kenong

Kenong adalah sejenis alat idiophone yang berasal dari Jawa[perlu rujukan], Indonesia, yang menyusun alat muzik gamelan. Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal.

Kenong ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk dengan menggunakan aalat pengetuk seperti alat pengetuk bonang.

Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut.Kenong dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.

Not pada alat kenong: 1 2 3 5 6 --------------------------


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]