Kensuke Miyazaki | |
---|---|
Anggota Dewan Perwakilan Jepun | |
Dalam jawatan 2012 – 16 Februar1 2016 | |
Didahului oleh | Kenta Izumi |
Digantikan oleh | Kenta Izumi |
Kawasan pilihan raya | Kyoto 3 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tokyo, Jepun | 17 Januari 1981
Parti politik | Liberal Democratic Party |
Pasangan | Ayuko Kato (2006–09) Megumi Kaneko (2015–) |
Kensuke Miyazaki (宮崎 謙介, Miyazaki Kensuke, dilahirkan pada 17 Januari 1981) ialah seorang ahli politik Jepun. Dia berkhidmat sebagai anggota Dewan Perwakilan Jepun bagi Parti Demokratik Liberal (LDP) antara 2012 dan 2016.
Dilahirkan di Tokyo, Miyazaki mendapat pendidikan di Universiti Waseda. Seterusnya dia bekerja di syarikat insuran dan industri sumber manusia.[1] Dia dipilih ke Dewan Perwakilan Jepun dalam pilihanraya umum Jepun 2012, dengan menewaskan pejawat kini wakil rakyat, Kenta Izumi dari Parti Demokratik Jepun. Dia dipilih sekali lagi dalam pilihanraya umum 2014.
Pada 2006, dia mengahwini Ayuko Kato, tetapi pasangan itu bercerai pada 2009. Kato kemudiannya dipilih sebagai wakil rakyat dalam Diet Jepun bagi LDP pada 2014. Pada 2015, dia mengahwini wakil rakyat LDP lain, Megumi Kaneko. Pada Januari 2016, dia menjadi wakil rakyat pertama di Jepun yang memohon cuti bersalin untuk bapa. Bagaimanapun, sejurus sebelum Kaneko bersalin, media tabloid Jepun mendedahkan hubungan sulit Miyazaki dengan seorang model gravure semasa dia mengambil cuti bersalin itu. Dia kemudiannya meletak jawatan sebagai anggota Diet.[2][3]