Oleh kerana lamanya pemencilan daripada dunia dan biogeografi pulaunya, New Zealand mempunyai flora dan fauna yang luar biasa, diturunkan dari hidupan liar Gondwanan atau semenjak ia sampai dengan terbang, berenang atau dibawa merentasi laut.[1] Lebih kurang 80% daripada flora New Zealand adalah endemik, termasuklah 65 genera endemik .[2] Dua jenis hutan yang utama adalah mereka yang didominasi oleh podokarp dan/atau kauri, dan di dalam iklim yang lebih sejuk akan memberikan jenis southern beech. Jenis tumbuh-tumbuhan di New Zealand adalah padang rumput jenis tussock dan rumput yang lain, biasanya di kawasan-kawasan sub-alpine, dan tumbuhan renek rendah di antara hutan dan padang rumput.
Sehinggakan tibanya manusia, didapati 80% daripada daratan New Zealand dipenuhi dengan hutan. Sehingga tahun 2006 ia difikirkan bahawa di sana tidak terdapat mamalia bukan marin, dengan mengenepikan tiga spesies kelawar (satu sekarang sudah pupus). Walau bagaimanapun pada tahun 2006 ahli sains telah menjumpai tulang belulang yang dipercayai milik haiwan daratan bersaiz tikus yang sudah lama pupus di wilayah Otago di Pulau Selatan.[3] Satu julat kepelbagaian megafauna yang mendiami hutan New Zealand, termasuklah Burung moa yang tidak boleh terbang (pupus sekarang), empat spesies kiwi, kakapo dan takahē, semuanya diancam oleh tindakan manusia. Burung yang unik yang boleh terbang termasuklah Burung helang Haast, yang menjadi burung mangsa terbesar di dunia (pupus sekarang), dan kākā dan kakaktua kea. Reptilia wujud di New Zealand termasuklah mengkarung, cicak dan fosil hidup tuatara. Di situ terdapat empat jenis katak purba. Walaupun demikian negara ini bebas daripada spesies ular dan binatang beracun kecuali satu spesies labah-labah beracun yang dikenali sebagai katipo, yang amat jarang dan dihadkan kepada kawasan-kawasan pesisir. Di sana juga terdapat banyak spesies serangga, termasuklah weta, satu spesies yang boleh membesar sebesar rumah tikus dan ia merupakan serangga yang paling banyak di dunia.
New Zealand telah mengalami satu, termasuklah moa, huia, burung hantu ketawa dan wren tanpa sayap, yang telah memenuhi peranan-peranan di tempat lain yang dipenuhi sepenuhnya oleh tikus-tikus ). Ini adalah disebabkan aktiviti manusia seperti memburu, aktiviti-aktiviti manusia seperti memburu, dan tekanan seperti memperkenalkan binatang feral, seperti wesel, stoat, kucing, kambing, kancil dan musang. Lima spesies tumbuhan vaskular sekarang dipercayai pupus, termasuklah Adam's mistletoe dan satu spesies forget-me-not.[4]
New Zealand sudah mengetuai dunia mengenai projek pengekalan pulau, di mana pulau-pulau pesisir adalah bersih daripada mamalia perosak dan spesies tempatan di[erkenalkan kembali. Beberapa pulau yang terletak di tiga pulau utama adalah hidupan liar simpanan di mana haiwan perosak biasa seperti musang dan tikus rodent telah dihapuskan untuk membenarkan spesies di dalam bahaya ke pulau-pulau. Pembangunan yang lebih terkini adalah pulau ekologi tanah besar.