Kerajaan Thailand

Kerajaan Diraja Thai
Gambaran keseluruhan
Pembentukan24 Jun 1932 Sunting ini di Wikidata
NegaraThailand
Bidang kuasaThailand Sunting ini di Wikidata
Laman sesawangwww.thaigov.go.th
KetuaPerdana Menteri
Dilantik olehSeri Paduka Baginda Raja Thailand
Ibu pejabatRumah Kerajaan Thailand, Dusit, Bangkok
Alat utamaKabinet
Bertanggungjawab kepadaPerhimpunan Kebangsaan Thailand
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Kerajaan Thailand, atau secara formal Kerajaan Diraja Thai (Abrv: RTG; Bahasa Thai: รัฐบาลไทย, RTGSRatthaban Thai, disebut [rát.tʰā.bāːn tʰāj]), adalah kerajaan kesatuan Negara Thailand. Negara ini muncul sebagai negara bangsa moden selepas pembentukan Dinasti Chakri dan kotaraya Bangkok pada tahun 1782.[1] Revolusi tahun 1932 menyebabkan berakhirnya sistem raja mutlak dan menggantikannya dengan raja berperlembagaan.

Sejak itu negara ini diperintah secara berturut-turut oleh pemimpin tentera yang dilantik selepas rampasan kuasa, paling terbaru pada Mei 2014, dan beberapa jarak masa demokratik. Perlembagaan 2007 (di draf oleh ahli majlis lantikan tentera, tetapi diluluskan oleh referendum) telah dibatalkan oleh perancang kudeta 2014 yang mengurus negara ini secara diktator tentera.

Thailand setakat ini mempunyai 17 Perlembagaan. Secara keseluruhan, struktur asas kerajaan masih tetap sama. Kerajaan Thailand terdiri dari tiga cabang: badan eksekutif, badan perundangan, dan badan kehakiman. Sistem kerajaan di modelkan mengikut Sistem Westminster. Semua cabang kerajaan berpusat di Bangkok, iaitu ibukota Thailand.

Dari Mei 2014 hingga Julai 2019, Thailand telah diperintah oleh junta tentera, Majlis Negara bagi Keamanan dan Ketenteraman, yang sebahagiannya membatalkan perlembagaan 2007, mengisytiharkan undang-undang tentera dan perintah berkurung seluruh negara, melarang perhimpunan politik, menangkap dan menahan ahli politik dan aktivis anti kudeta, mengenakan penapisan internet dan mengawal media. Pada 24 Mac 2019, Thailand mengundi dalam pilihanraya umum Thailand 2019, menyokong penyebaran pendapat melalui banyak parti politik yang bersaing untuk menjadi kerajaan.[2]

  1. ^ "Chakri Day". Chulabhorn Graduate Institute. Dicapai pada 8 May 2019.
  2. ^ "Thailand elections: What could happen next?". The Nation. Agence France-Presse. 31 March 2019. Dicapai pada 8 May 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Government of Thailand