Keratopati jalur | |
---|---|
Nama lain | Keratopati garisan |
Pengkhususan | Oftalmologi |
Tempoh | Berbulan-bulan atau bertahun-tahun |
Jenis | Penyakit mata |
Melalui ujian lampu celahan | |
sunting |
Keratopati jalur atau keratopati garisan (bahasa Inggeris: band keratopathy ) merupakan sejenis penyakit yang terjadi pada bahagian mata. Keratopati jalur muncul melalui kemunculan garisan dan jalur yang berada ditengah-tengah bahagian kornea mata yang berasal daripada kehadiran kalsium pada kornea.[1] Ini merupakan contoh kalsifikasi metastatik, yang mengikut definisi dan berlaku dengan kehadiran hiperkalsemia.[2] Keratopati jalur merupakan penyakit degeneratif yang kronik yang dicirikan oleh pemendapan kekaburan yang berwarna kelabu iaitu kalsium dalam kornea mata secara beransur-ansur selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.[3][4]
Keratopati jalur dapat dikesan melalui kehadiran suatu garisan atau lajur pada bahagian kornea mata mangsa melalui alat lampu celahan. Mekanisme kehadiran garisan atau lajur yang dikenali sebagai kalsium terjadi di kawasan interpalpebra kornea yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemendakan garam semasa air mata sedang dalam proses penyejatan, serpihan nekrotik dari keratitis cetek, perubahan keadaan keradangan dalam pH permukaan mata serta berlaku pecahan fosfat.[3][4] Kecederaan dan pembedahan pada bahagian mata juga mampu menyebabkan keratopati jalur. Kehadiran darah yang terlampau banyak yang dikenalai sebagai hiperkalsemia juga merupakan punca bagi keratopi jalur yang kebiasaanya disebabkan oleh penyakit sistemik seperti sarkoidosis, penyakit buah pinggang serta hiperparatiroidisme.[1]
|journal=
(bantuan)
|journal=
(bantuan)CS1 maint: PMC format (link)