Kereta kebal Skeleton (Rangka) merupakan kereta kebal prototaip ujian yang dibina pada 1918 oleh Syarikat Traktor Pioneer (“Pioneer Tractor Company”), Winona, Minnesota.
Matlamat bagi prototaip ini adalah bagi membangunkan mesin ringan yang mampu merentasi perparitan luas yang setanding dengan kereta kebal British konvetional yang berat. Bagaimanapun, tidak seperti kereta kebal British dengan rangka tertutup sepenuhnya, kereta kebal Skeleton mencapai bentuk lozenge yang diperlukan dengan menyokong trek Katerpilarnya dengan rangka sepeti tulang dibentuk dari paip besi biasa yang disambung dengan sambungan paip piwaian. Tergantung antara bingkai trek ini adalah ruang tempur berperisai yang membawa turret mesingan. Aturan ini mengurangkan berat kenderaan dengan banyaknya berbanding kereta kebal British dan Perancis ketika masih mengekalkan keupayaan Menyeberangi perparitan dengan mesin tersebut, dan terdapat kepercayaan bahawa kebanyakan peluru dan peluru meriam musuh akan melalui struktur tersebut tanpa mengenainya. Bagaimanapun ia menyingkirkan kemungkinan memasang senjata pada sponso sebagaimana pada kereta kebal British, dan dengan itu menghadkan bilangan senjata yang mampu di bawanya.
Punca kuasa terdiri dari dua enjin Beaver empat lejang 50 kuasa kuda dengan pemancu akhir bersambung dengan kotak gear tergantung antara dua tanduk belakang trek. Ini memberikan kelajuan maksima 5 mph.
Kereta kebal Skeleton seberat 9 tan dan membawa satu ruang tempur berkotak dilindungi dengan setengah inci perisai yang selaras dengan ketebalan perisai kereta kebal pihak Berikat yang lain. Dua orang kaki-tangan terdiri dari pemandu dan komander/jurutembak yang mengendalikan mesingan.30 kaliber di turet meriam. Ia sepanjang 25 kaki, yang sama dengan keupayaan menyeberangi perparitan dengan kereta kebal berat British Mark I, Mk IV dan Mk V 26 kaki 5 inci tetapi seberat 28 hingga 29 tan, dan kereta kebal Schneider CA1 dan Char d'Assault kereta kebal St. Chamond Perancis dengan panjang 19 kaki 9inci dan 28 kaki 11 inci dan seberat 13.5 dan 23 tan setiap satunya. Ia selebar 8 kaki 5 inci, lebih sempit berbanding 10 kaki hingga 12 kaki 5 inci kereta kebal British, dan tinggi sedikit pada 9 kaki 6 inci berbanding 8 kaki 8 inci bagi Mk IV/V kerana turetnya. Ia tidak pernah ditempah bagi pengeluaran.
Kereta kebal Skeleton yang dipulih luarannya dikekalkan di bawah kanopi di Muzium Ordnance Amerika Syarikat di Tapak Ujian Aberdeen, Maryland.
Chamberlain, Peter (1972) [1974]. Pictorial history of Tanks of the World 1915-1945. Galahad Books. m/s. 167. ISBN 0883651831. Unknown parameter |coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)