Kepesatan ekonomi dunia pada masa ini dipengaruhi oleh pandemik COVID-19 khususnya dalam memasuki akhir dari suku pertama 2020 menjadi fenomena yang merugikan bagi seluruh umat manusia di berbagai negara. Bahkan, pertubuhan yang berskala antarabangsa dalam bidang kewangan iaitu Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia telah meramalkan bahawa sehingga akhir suku pertama 2020 ekonomi global akan memasuki kemerosotan dan penurunan yang sangat ketara yang akan dirasai di seluruh dunia.[1][2][3][4][5][6][7][8]
Penurunan kestabilan ekonomi dunia terjadi kerana kewujudan virus baru yang menjangkiti dunia pada masa kini iaitu koronavirus (COVID-19). Salah satu pertubuhan antarabangsa yang bergiat aktif dalam sektor kesihatan, iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa koronavirus dapat merebak melalui saluran pernafasan pada manusia. Virus tersebut memiliki nama saintifik iaitu COVID-19. COVID-19 dapat menimbulkan kesan sampingan bermula dari selesema yang ringan sehingga demam yang dialami individu yang dijangkiti serta dapat menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan rawatan khusus.
COVID-19 dalam dunia sains kesihatan disebut juga sebagai zoonotik iaitu penyebaran virusnya dapat disebarkan melalui antara manusia dan/atau haiwan. Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa pandemik COVID-19 pertama kali dikesan di Wuhan, China pada 30 Disember 2019. COVID-19 dianggap sebagai virus yang mematikan dengan proses penyebaran yang sangat cepat ke seluruh penjuru dunia dan berubah menjadi pandemik yang merugikan bagi masyarakat dunia salah satunya pada bidang ekonomi dunia. Dianggarkan bahawa 93 negara yang telah dijangkiti COVID-19 dan membawa risiko yang sangat buruk bagi ekonomi dunia termasuk Malaysia khususnya dari segi pelancongan, perdagangan serta pelaburan.