Ketua Operasi Angkasa | |
---|---|
![]() Lencana pengenalan Staf Angkasa | |
![]() Bendera Ketua Operasi Angkasa | |
Tentera Angkasa Amerika Syarikat Staf Angkasa | |
Singkatan | CSO |
Lapor kepada | Setiausaha Pertahanan Setiausaha Tentera Udara |
Bidang kuasa | Amerika Syarikat ![]() |
Institusi | Tentera Angkasa Amerika Syarikat ![]() |
Kediaman | Space House, Joint Base Anacostia-Bolling, Washington, D.C.[1] |
Pusat | The Pentagon, Arlington County, Virginia |
Dilantik oleh | Presiden atas nasihat dan persetujuan Senat |
Tempoh jawatan | 4 tahun Boleh diperbaharui sekali sahaja, hanya semasa perang atau darurat |
Surat cara pembentukan | 10 U.S.C. § 9082 |
Dibentuk | 20 Disember 2019 |
Pemegang pertama | John W. Raymond |
Timbalan/naib | Naib Ketua Operasi Angkasa |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Ketua Operasi Angkasa (chief of space operations) (CSO) ialah panglima perkhidmatan Tentera Angkasa Amerika Syarikat. CSO merupakan penasihat ketenteraan utama kepada Setiausaha Tentera Udara bagi operasi-operasi Tentera Angkasa dan, selaku anggota Ketua Turus Bersama, penasihat ketenteraan kepada Majlis Keselamatan Negara, Setiausaha Pertahanan, dan Presiden. CSO adalah jawatan statutori yang disandang oleh Jeneral Tentera Angkasa, yang lazimnya merupakan pegawai tertinggi yang aktif bertugas dalam Tentera Angkasa.[a]
CSO ialah jawatan pentadbiran yang berpangkalan di Pentagon, dan walaupun mereka tidak mempunyai kuasa pemerintahan operasi ke atas pasukan-pasukan Tentera Angkasa, chief of space operations melaksanakan tugasan penyeliaan unit-unit Tentera Angkasa dan organisasi selaku wakil Setiausaha Tentera Udara.