Kevin Lilliana | |
---|---|
Kelahiran | Lilliana Junaedy 5 Januari 1996 Bandung, Indonesia |
Pendidikan | Universiti Kristen Maranatha[1] |
Pekerjaan |
|
Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) |
Pangkat | Puteri Indonesia Lingkungan 2017 Miss International Indonesia 2017 Miss International 2017 |
Pasangan | Oskar Mahendra (2020)[2] |
Pemenang pertandingan kecantikan | |
Warna rambut | Hitam |
Warna mata | Coklat |
Pertandingan utama | Puteri Indonesia 2017 (Puteri Indonesia Lingkungan) Miss International 2017 (Winner) (Miss Best Dresser) (Miss Popularity)[3] |
Lilliana Junaedy (lahir 5 Januari 1996) ialah seorang model dan penyandang gelaran ratu cantik Indonesia yang dimahkotakan Miss International 2017.[4][5][6] Beliau ialah rakyat Indonesia pertama dan wanita muslim pertama yang memenangi Miss International, dan yang pertama memenangi empat pertandingan kecantikan antarabangsa utama untuk Indonesia.[7][8][9] Sebelum memenangi Miss International, beliau sebelum ini dimahkotakan Puteri Indonesia Lingkungan 2017.[10][11][12][11] Selain itu, Lilliana juga ialah pengacara televisyen dan pereka dalaman.[1][13]
Lilliana dilahirkan pada 5 Januari 1996 di Bandung, kepada sebuah keluarga Cina-Indonesia dan beliau ialah anak sulung dalam keluarganya.[14][11] Beliau memegang ijazah sarjana rekaan dalaman dari Fakulti Seni dan Reka di Universitas Kristen Maranatha, sebuah universiti swasta di Bandung, Jawa Barat.[1]
Lilliana pertama kali melibatkan diri dalam pertandingan kecantikan melalui menerusi pertandingan Gadis Sampul (setara dengan Dewi Remaja di Malaysia) pada 2012 pada busia 16 tahun. Biarpun tidak terpilih sebagai pemenang, beliau dinobatkan sebagai Gadis Sampul Persahabatan.[15]
Lilliana terpilih sebagai Puteri Indonesia Jawa Barat 2017, dan mewakili wilayah Jawa Barat di pertandingan Puteri Indonesia 2017. Pada malam pusingan akhir, Lilliana berjaya menerima tempat pertama, yang melayakkan beliau mendapat gelaran Puteri Indonesia Lingkungan 2017, setelah pertandingan itu dimenangi oleh Bunga Jelitha Ibrani dari DKI Jakarta 5, dan juga Lilliana menerima anugerah khas Busana Tradisional Terbaik dan juga lolos sebagai pencalonan 3 teratas Puteri Berbakat. Beliau juga mewakili Indonesia di pertandingan Miss International 2017.[16]
Selepas merangkul gelaran sebagai Puteri Indonesia Lingkungan, Lilliana mewakili Indonesia di Miss International 2017 yang diadakan di Jepun pada 14 November 2017. Pada malam pusingan akhir, beliau menggayakan busana rekaan Ivan Gunawan yang bertemakan "Thalassa : Mother of Sea" dan menerima anugerah khas Miss Best Dresser (Busana Terbaik), di mana tahun lalu Indonesia (diwakili oleh Felicia Hwang) juga menerima gelaran sama).[17]
Beliau juga menggayakan Busana Kebangsaan bertemakan "Jamu Gendong and the Ancient Secret Potion" rekaam Annisa Banyuwangi, di mana busana berwarna ungu ini mengangkat Jamu yang asli dari Indonesia.[18]
Di akhir acara, Lilliana dinobatkan sebagai pemenang, menggantikan Kylie Verzosa, Miss International 2016 dari Filipina setelah menewaskan 70 peserta lainnya.[19][20]
Pada 2 Februari 2020, Lilliana berkahwin dengan pembantu penerbit hiburan, Oskar Mahendra. Perkahwinan mereka bertemakan gaya Sunda. Mahendra 10 tahun lebih tua dari Lilliana, mempunyai seorang anak dari perkahwinan terdahulu.[21][22]
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Kylie Verzosa |
Miss International 2017 |
Diikuti oleh: Mariem Velazco |
Didahului oleh Felicia Hwang |
Puteri Indonesia Lingkungan 2017 |
Diikuti oleh: Vania Fitryanti Herlambang |
Didahului oleh Evan Lysandra |
Puteri Indonesia Jawa Barat 2017 |
Diikuti oleh: Tria Devitasari |