Kim Won-jun | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Kim Won-joon Dearro |
Pendidikan | Seoul Institute of the Arts - Film Seoul Digital University - Digital Design Sangmyung University Graduate School of Culture Technology - Ijazah sarjana dalam Teknologi Muzik |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Tahun aktif | 1992-kini |
Ejen | Hunus Entertainment |
Nama Korea | |
Hangul | 김원준 |
Hanja | 金元俊 |
Perumian Semakan | Gim Won-jun |
McCune–Reischauer | Kim Wŏn-chun |
Laman web rasmi | http://www.kimwonjun.com/ |
Kim Won-jun (Hangul: 김원준 ; dilahirkan pada 16 Februari 1973), juga dikenali sebagai Dearro (Hangul: 대로 ), ialah seorang penyanyi pop dan pelakon Korea Selatan. Selepas menamatkan pengajian di jabatan filem Seoul Institute of the Arts, Kim memulakan karier sebagai artis solo K-pop pada 1992, dan membuat debut lakonan pada 1994. Sebagai artis solo, Kim menerbitkan sembilan buah album, empat single digital, dan sebuah album kompilasi.[1] Dia juga merupakan anggota band V.E.I.L (yang menerbitkan dua buah album dan sebuah EP) dan M4 (yang menerbitkan sebuah album dan dua buah EP).[2]
Sebagai pelakon, Kim membintangi drama TV (seperti My Husband Got a Family[3]) dan teater muzikal.[4]
Pada 2011, dia tampil dalam musim ketiga rancangan realiti We Got Married, yang dia dipasangkan dengan aktres Park So-hyun.[5]
Kim juga bertugas sebagai profesor muzik gunaan di Soongsil University, Daegu Arts University dan Gangdong College (di Wilayah Eumseong).[6]
Pada tahun 2016, dia mengahwini seorang peguam.[7]