Kiub-V 7 ialah Kiub Rubik berdimensi 7x7x7. Kiub tersebut terdiri daripada 1 teras dan 218 bahagian yang dicantumkan dengan teras, iaitu 8 bahagian bucu, 6 bahagian pusat tetap, 144 bahagian pusat luaran, 12 bahagian tepi utama dan 48 bahagian tepi luaran.
Kiub-V 7 dapat diselesaikan dengan cara yang sama seperti Kiub Rubik, asalkan bahagian-bahgian luaran berada dalam kedudukan yang betul dan bahagian-bahagian tepi telah dicantumkan.
Kiub-V 7 dicipta oleh Panagiotis Verdes, seorang pencipta mainan teka-teki mekanik dari Yunani, dan dihasilkan oleh syarikatnya sendiri, Inovasi Verdes SA. Kiub-V 7 mendapat namanya daripada nama Panagiotis Verdes dan bentuk serta dimensi kiub tersebut.
Tidak seperti Kiub-V 6, Kiub-V 7 berbentuk "bantal". Bentuk ini diperlukan untuk memastikan mekanisma dalam kiub tersebut bergerak dengan lancar.
Rekod dunia bagi masa penyelesaian terpantas dimiliki oleh Max Park dari Amerika Syarikat dengan masa 1 minit, 40.89 saat di pertandingan CubingUSA Kebangsaan 2019.[1]
Rekod dunia bagi purata masa daripada 3 penyelesaian terpantas juga dimiliki oleh Max Park dari Amerika Syarikat dengan purata masa 1 minit 50.10 saat di Kejohanan Dunia PKD 2019.[2]
Mainan teka-teki mekanik berkubus lain:
Mainan teka-teki mekanik menggunakan mekanik berbeza yang lain: