Kotak harta atau kotak tikam (bahasa Inggeris: Loot boxcode: en is deprecated ) dalam permainan video merujuk kepada barang maya yang boleh diperoleh untuk mendapatkan barang-barang maya yang lain secara rawak. Barangan yang diperoleh adalah pelbagai termasuk pengolahan ringkas bagi watak atau peralatan-peralatan seperti senjata dan perisai. Kotak harta lazimnya dibayar dengan wang nyata dan oleh itu boleh berperanan sebagai salah satu sumber-sumber perolehan wang dalam industri permainan video.
Sistem kotak harta terawal muncul pada sekitar pertengahan 2000-an,[1] tetapi menjadi meluas pada 2010-an melalui penggunaan dalam permainan-permainan video terkenal. Namun begitu, sistem kotak harta mula diguna pakai dalam cara-cara yang menarik kritikan yang ramai. Kritikan-kritikan yang lazim termasuk unsur "bayar untuk menang" yang memihak kepada pemain-pemain yang menggunakan duit nyata serta elemen-elemen perjudian dalam sistem serta menggalakkan ketagihan permainan video dan ketagihan perjudian.[2] Hal-hal ini menyebabkan sistem kotak harta mula dikawal berdasarkan undang-undang berkaitan perjudian dalam sesetengah negara.[3]
Belanda: Pihak penguat kuasa permainan Belanda melakukan sebuah kajian terhadap 10 buah permainan video dengan unsur kotak harta lalu mendapati empat daripada 10 permainan tersebut telah melanggar undang-undang kawalan perjudian negara.[4]
Republik Rakyat China: Pada Disember 2016, pihak kerajaan China mewartakan sebuah undang-undang yang mewajibkan pihak pembangun permainan video untuk memaparkan nilai kebarangkalian barangan yang dapat diperoleh melalui kotak-kotak harta mulai Mac 2016.[5] Penguatkuasaan perintah itu mendedahkan nilai-nilai kebarangkalian pemerolehan aksesori dalam sesetengah permainan buat julung kalinya,[6] dengan ada yang serendah 0.1%.[7]
United Kingdom: Pengarah kesihatan mental Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), Claire Murdoch menyatakan bahawa pihaknya mula melihat aspek-aspek kotak harta dan kesihatan mental para remaja dalam pelan jangka masa panjang NHS, dan menyeru agar pihak industri permainan video menamatkan sistem itu untuk melindungi golongan muda daripada ketagihan perjudian.[8]