Krisis air Lembah Kelang 1998 ialah krisis bekalan air yang berlaku di Malaysia pada Februari 1998 apabila tiga empangan air di Lembah Kelang iaitu Empangan Klang Gates, Empangan Batu dan Empangan Semenyih mengalami tahap penurunan air yang serius disebabkan fenomena El Nino. Ini menyebabkan berlaku kekurangan bekalan air yang melibatkan hampir kesemua penduduk di Lembah Kelang. Krisis ini menyebabkan kerajaan melakukan catuan air yang dibuat sebelum Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.[1][2][3]