Kesemua kecuali Canavan dan Xenophon ditemui dipilih secara tidak sah
Pilihan raya kecil yang dijadualkan untuk Timbalan PM Joyce di New England.
Kiraan undi untuk mengisi kekosongan kerusi Senat oleh Ludlam, Waters, Roberts, dan Nash.
Pada tahun 2017, kelayanan ahli Parlimen Australia yang mempunyai atau berkemungkinan mempunyai dua kerakyatan untuk duduk dalam Parlimen Australia telah dipersoalkan yang menjadi krisis perlembagaan[1] atau krisis kerakyatan.[2] Isu ini dibangkitkan dari seksyen 44 Perlembagaan Australia yang termasuk subseksyen yang melarang pelantikan kuasa asing dalam Parlimen Australia. Atas dasar itu, Mahkamah Tinggi Australia sebelum ini berpendapat bahawa seseorang yang memegang dua kerakyatan adalah tidak layak untuk dipilih.[3]
Tujuh kes ahli politik yang mendakwa bahawa mereka tidak menyedari memegang dua kerakyatan sebelum mereka dipilih telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi Australia oleh kawasan Parlimen di mana mereka duduk.[4][5][6][7][8][9][10] Senator Scott Ludlam dan Larissa Waters, , Timbalan Pemimpin Parti Hijau Australia, secara sukarela meletak jawatan mereka. Parlimen telah merujuk kes-kes mereka ke Mahkamah Tinggi pada awal Ogos, bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Barnaby Joyce dan Senator Matt Canavan, keduanya dari Parti Nasional, selain Senator Malcolm Roberts dari Parti One Nation. Kes Senator Fiona Nash dan Senator Nick Xenophon,[4] pula telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi oleh Senat pada 4 September.[11][12] Canavan telah meletak jawatan Kabinet Australia, manakala Joyce dan Nash kekal di dalam Kabinet dengan sokongan Perdana MenteriMalcolm Turnbull.[13] Ketujuh-tujuh ahli politik tersebut dirujuk media sebagai "Tujuh Kerakatan".[14][15][16]
Satu sesi pendengaran telah dilakukan di Mahkamah Tinggi pada 24 Ogos bagi kes Joyce, Canavan, Roberts, Ludlam dan Waters. Kerajaan memohon agar kes-kes ini didengar oleh Mahkamah Penuh pada awal September,[17][18] namun Mahkamah menjadualkan mereka untuk didengar selama tiga hari bermula 10 Oktober.[19][20] Ketua Hakim Susan Kiefel menyimpulkan sesi pendengaran tersebut: "It is hardly necessary to say that the Court is aware of the need to give its answers to these references with or without reasons as soon as possible. As counsel and instructing solicitors would appreciate, it is not always possible for the Court to do so immediately."[21] Keputusan Mahkamah sudah dijangka.[22]
Mahkamah memutuskan keputusannya di Canberra pada 27 Oktober 2017. Ia memutuskan sebulat suara bahawa, di bawah seksyen 44 (i), Joyce, Ludlam, Nash, Roberts dan Waters tidak layak untuk dipilih, sementara Canavan dan Xenophon didapati layak.[23][24][25]
^"Re Canavan". 12 October 2017. Dicapai pada 13 October 2017. She refers to the possibility that the Court will issue its orders as soon as it is able to do so and publish its reasons at a later date—as was done recently in the Same-Sex Marriage Survey case: Wilkie v Cth[2017] HCA 40.