Kristian di Brunei

Gereja St. Andreas di Bandar Seri Begawan

Agama Kristian di Brunei ialah agama kedua terbesar negara, dengan jangkauan anutan sebanyak 7.1% (29,510 orang).[1]

Pada 1990-an, warga Kristian diharamkan untuk berkomunikasi dengan warga seagama di negara lain, mengimport Alkitab, dan meraikan Krismas secara terang-terangan melalui sebuah dekri.[2] Umat Kristian juga diharamkan untuk melakukan kerja penginjilan.[3] Semua sekolah di Brunei dilarang untuk mengajarkan pendidikan keagamaan Kristian, di samping keagamaan selain Islam.[3] Jika terdapat suatu organisasi keagamaan gagal untuk didaftarkan, maka anggotanya boleh dipenjarakan.[3] Pernikahan antara seorang Kristian dan seorang Muslim adalah dilarang.[3] Brunei ialah antara negara-negara Muslim yang menjalankan hukuman mati terhadap seorang yang keluar daripada Islam (murtad); Bahagian 112 (1) dari undang-undang syariah menyatakan bahawa seorang Muslim yang menyatakan dirinya adalah seorang bukan Islam melakukan kejahatan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, atau dengan hukuman penjara untuk jangka waktu tidak melebihi tiga puluh tahun, bergantung pada bukti yang ada.[4] Di bawah masa tunggu yang diperlukan antara pemberitahuan hukum dan pewartaan di bawah perlembagaan, hukum murtad baru dan hukuman fizikal mula diterapkan pada Oktober 2014, dan hukuman mati dilaksanakan mulai Oktober 2015.[5] Pada 2015, melanjuti larangan pada 2014 terhadap perayaan yang dapat menyesatkan atau merosakkan umat Islam, Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah, melarang perayaan Krismas secara terbuka; perayaan Krismas hanya boleh dilakukan secara sulit, di luar ketampakan masyarakat Islam.[6]

Gereja-gereja Protestan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996, umat Protestan memiliki peratusan sekitar 1.3% dari jumlah penduduk Brunei.[7] Gereja-gereja Protestan di negara termasuk:

Gereja Katolik

[sunting | sunting sumber]

Jumlah Gereja Katolik di Brunei ialah 3 paroki.[9] Ketiga-tiga paroki tersebut berada di bawah Vikariat Apostolik Brunei Darussalam.[10] Cornelius Sim adalah uskup dan Vikaris Apostolik Brunei.[11] Beliau ditahbiskan menjadi uskup pada 2005.[11]

  1. ^ "Brunei - Open Doors USA - Open Doors USA". www.opendoorsusa.org. Dicapai pada 2019-08-11.
  2. ^ "Open Doors UK". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2008.
  3. ^ a b c d "US Department of State on Brunei".
  4. ^ Brunei - Laws Criminalizing Apostasy Library of Congress (May 2014)
  5. ^ Rabiatul Kamit & Bandar Seri Begawan, Kedah Officials in Brunei to Observe Syariah Law, Brunei Times (16 Mei 2014)
  6. ^ "Brunei bans Christmas celebrations in public, including wearing Santa hats". 23 December 2015.
  7. ^ "Adherents.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-07.
  8. ^ a b c d Source of the list: The World Christian Encyclopedia, Second edition, Volume 1, p. 153
  9. ^ "the Roman Catholic Church in Brunei Darussalam". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2008.
  10. ^ "the Roman Catholic Church in Brunei Darussalam". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2008.
  11. ^ a b "the Roman Catholic Church in Brunei Darussalam". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2008.