Kubu Sylvia merupakan kubu bersejarah yang terletak di bandar Kapit di negeri Sarawak, Malaysia. Ia dibina pada tahun 1880, dan dinamakan bersempenaan Rani Sylvia Brooke, Isteri Rajah Charles Vyner Brooke, pada tahun 1925.[1] Semasa 1960-an, kubu tersebut menempatkan Pejabat daerah dan Rumah Mahkaman Daerah, dan kemudiannya Pejabat residen apabila Bahagian Kapit dibentuk pada tahun 1973.