Kumpulan Pembangunan Semula dan Penyelenggaraan Aeroangkasa ke-309 | |
---|---|
Aktif | 2007-kini |
Negara | Amerika Syarikat |
Cawangan | Tentera udara |
Jenis | Kumpulan |
Peranan | Sokongan peralatan |
Sebahagian daripada | Perintah Kelengkapan Tentera Udara |
Pangkalan | Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan |
Komander | |
Komander terkini | Kolonel Thomas A. Schneider |
Kumpulan Pembangunan Semula dan Penyelenggaraan Aeroangkasa ke-309 (bahasa Inggeris: 309th Aerospace Maintenance and Regeneration Group atau AMARG),[1] seringkali dipanggil dengan nama The Boneyard, merupakan sebuah kemudahan penyimpanan dan penyelenggaraan milik Tentera Udara Amerika Syarikat di Tucson, Arizona. Secara tepatnya, ia terletak di dalam Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan. AMARG dahulunya dikenali sebagai Pusat Pembangunan Semula dan Penyelenggaraan Aeroangkasa atau AMARC. Sebelum itu, ia juga dikenali sebagai Pusat Pelupusan dan Penyimpanan Pesawat Tentera atau MASDC.
AMARG kini menyimpan lebih daripada 4,400 buah pesawat, termasuk 700 buah F-4 Phantom II, yang mana harga pembelian asalnya dianggarkan bernilai kira-kira AS$ 27 bilion. Sebagai sebuah unit Perintah Bahan Tentera Udara, kumpulan ini diletakkan di bawah arahan Sayap Penyelenggaraan ke-309 di Pangkalan Tentera Udara Hill, Utah. Asalnya AMARG dibina untuk tujuan menyimpan lebihan pesawat milik Jabatan Pertahanan dan Pengawal Pantai, akan tetapi sejak beberapa tahun yang lepas telah didesignasikan sebagai tempat penyimpanan tunggal bagi pesawat yang tidak digunakan lagi daripada kesemua cabang perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kumpulan Pembangunan Semula dan Penyelenggaraan Aeroangkasa ke-309. |