Kumpulan Tentera Darat Ke-21 | |
---|---|
Aktif | 1943–45 |
Negara | United Kingdom |
Cawangan | Tentera Darat British |
Jenis | Kumpulan tentera darat |
Saiz | 200,000 |
Sebahagian daripada | Angkatan Ekspedisi Bersekutu |
Komander | |
Komander terkenal | Bernard Paget Bernard Montgomery |
Kumpulan Tentera Darat Ke-21 adalah sebuah formasi markas Perang Dunia II British, memerintah dua buah tentera darat medan dan unit-unit bantuan lain, terdiri daripada Tentera Darat Kedua British dan Tentera Darat Pertama Kanada. Ditubuhkan di London pada Julai 1943, dibawah pemerintahan Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu (SHAEF), ia ditugaskan dalam Operasi Overlord, iaitu penyerbuan Sekutu Barat terhadap Eropah, dan merupakan sebuah ketumbukan penting pihak Bersekutu dalam Kancah Eropah. Kumpulan Tentera Darat Ke-21 beroperasi di Utara Perancis, Luxembourg, Belgium, Negara Belanda dan Jerman dari bulan Jun 1944 hingga berakhirnya perang di Eropah pada Mei 1945, setelah itu ia dibentuk semula sebagai Tentera Darat British Rhine (BAOR).
Komponen formasi utama Kumpulan Tentera Darat Ke-21 ialah Tentera Darat Pertama Kanada dan Tentera Darat Kedua British. Pada praktiknya, kedua-dua tentera darat itu tidak sama dengan British atau Kanada. Turut dimasukkan adalah unit Poland, dari Normandy seterusnya dan unit-unit kecil Belanda, Belgium, dan Czech; unit Tentera Darat AS di lampirkan dari masa ke semasa. Unit talian komunikasi adalah kebanyakannya British.
Unit tentera Amerika diletakkan dibawah pemerintahan British pada masa-masa tertentu. Ia hanyalah bersifat sementara . Aturan ini berlaku apabila