Si sayap burung | |
---|---|
Wakil jantan (kiri) dan betina (kanan) bagi Trogonoptera (atas), Troides (tengah), dan Ornithoptera (bawah) | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Insecta |
Order: | Lepidoptera |
Keluarga: | Papilionidae |
Subkeluarga: | Papilioninae |
Tribus: | Troidini |
Genus | |
Kupu-kupu sayap burung,[a] turut disebut kupu-kupu bersayap burung,[2] ialah kupu-kupu dalam keluarga si ekor lelayang yang tergolong dalam genus Trogonoptera, Troides dan Ornithoptera. Kebanyakan pakar kini mengiktiraf 36 spesies, namun masih dipertikai dan beberapa pakar pula memasukkan genus tambahan. Si sayap burung dinamakan sempena ukuran luar biasa, sayap berbucu-bucu dan penerbangan bak burungnya. Ia dijumpai di seluruh Asia tropika, tanah besar dan kepulauan Asia Tenggara, dan Australasia.
Terkandung dalam si sayap burung ini ialah beberapa kupu-kupu terbesar di dunia: yang terbesar, sayap burung Ratu Alexandra; kedua terbesar, sayap burung Goliath; kupu-kupu terbesar yang endemik di Australia, sayap burung Cairns; dan kupu-kupu terbesar di India, sayap burung selatan. Satu lagi spesies terkenal ialah sayap burung Rajah Brooke, suatu spesies yang amat menarik dinamakan sempena Tuan James Brooke, Rajah Putih Sarawak pada abad ke-19.
Ia amat popular di kalangan pengutip kupu-kupu disebabkan saiznya dan warna si jantan yang terang, namun semua kupu-kupu ini sekarang disenaraikan oleh CITES,[3] dengan itu mengehadkan eksport antarabangsanya (dan dalam kes O. alexandrae diharamkan sama sekali).
Si sayap burung umumnya dijumpai dari Asia Tenggara hingga ke utara Australasia. Trogonoptera brookiana mendiami Semenanjung Thai-Melayu, Borneo, Natuna, Sumatera dan beberapa pulau-pulau sekitar.[4][5] Trogonoptera trojana pula endemik di Palawan di Filipina. Spesies Troides bertaburan luas merentasi alam Indomalaya,[6] namun boleh dijumpai sejauh timur New Guinea bagi Troides oblongomaculatus. Beberapa spesies boleh ditemukan sejauh barat India dan merupakan si sayap burung yang bertaburan paling barat. Kesemua spesies Ornithoptera dijumpai di belahan utara alam Australasia, timur garis Weber; Maluku, New Guinea, Kepulauan Solomon dan barat laut Australia.[7] Pesisihnya ialah Ornithoptera richmondia yang boleh ditemukan di sejauh timur laut New South Wales, Australia di kawasan paling selatan julatnya; taburan paling selatan bagi semua si sayap burung.[perlu rujukan]
genus: Troides
|
genus: Trogonoptera
genus: Ornithoptera
|