Larabanga | |
---|---|
Country | Ghana |
Wilayah | Wilayah Utara Ghana |
Daerah | Daerah Gonja Barat |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Larabanga ialah sebuah kampung di daerah Gonja Barat di wilayah utara Ghana. Kampung ini terkenal akan masjidnya yang merupakan bangunan bata mentah gaya Sahel yang dicat dengan cat kapur. Dikatakan bahawa masjid ini ialah masjid tertua di Ghana dan dibina pada tahun 1421 M, pada zaman puncak perdagangan trans-Sahara. Dikatakan juga masjid ini menyimpan senaskhah kitab Al-Quran yang hampir sama usianya dengan masjid.[1]
Kampung ini juga terkenal dengan Batu Mistiknya, seni bina vernakular teratur dan sebagai gerbang Taman Nasional Mole.
Pada zaman British, sebuah batu telah dialihkan semasa pembinaan sebatang jalan berdekatan Masjid Larabanga. Pada keesokan harinya, batu itu ditemui di tempat asalnya. Sekali lagi batu itu dialih dan perkara yang sama berulang. Akhirnya para pegawai membuat keputusan membina jalan menyusur mengelilingi batu tersebut, dan oleh sebab itu ia dikenali sebagai "Batu Mistik".
Koordinat: 9°13′N 1°51′W / 9.217°N 1.850°W