Lencana Rimba

Wood Badge Beads

Lencana Rimba adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan program latihan Scoutmaster yang diberikan oleh National Scout Association berkenaan. Merekayang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manik kayu pada tali kasut. Penerima Lencana Rimba dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.

Manik tambahan diberikan kepada "wood badgers" yang bertugas sebagai sebahagian daripada lembaga pasukan pelatih "wood badge". Satu manik tambahan diberikan kepada Assistant Leader Trainers dan dua manik tambahandiberikan kepada Leader Trainers untuk menjadikan jumlah keseluruhannya empat.

Sebagai sebahagian tradisi yang tidak lagi diadakan, jika bukan kesemuanya, jumlah keseluruhan lima manik dipakai oleh mereka yang bertanggung jawab bagi melatih "Wood Badge" bagi pihak Pertubuhan Nasional Pengakap. Ini melambangkan pangkatnya sebagai wakil rasmi Gilwell dalam negaranya dan sebagai Timbalan Ketua Kem Gilwell.

Robert Baden-Powell sendiri mengenakan sejumlah enam manik yang dia serahkan kepada Sir Percy Everett ketika itu Timbalan Ketua Pengakap. Percy kemudiannya menyerahkan enam manik tersebut kepada Gilwell untuk dipakai oleh Ketua Kem Gilwell Camp Chief sebagai lencana pejabat.Tradisi ini masih kekal sehingga hari ini.

Latihan pada mulanya dijalankan oleh Robert Baden-Powell, pengasas Pengakap pada 8 September, 1919 di Gilwell. Pada penamat latihan dia menyerahkan setiappeserta satu manik kayu dari kalung yang dia terima dari Dinizulu, ketua Zulu. Bekalan asal manik telah lama habis dan hanya salinan diberikan pada masa kini