Lencana pangkat NATO adalah gabungan insignia tentera yang digunakan oleh anggota negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.
Skala pangkat diguna untuk menjelaskan posisi-posisi dalam NATO.
NATO mengekalkan "skala pangkat standard" dalam usaha untuk memadankan pangkat tentera setiap negara anggota dengan pangkat sepadan yang digunakan oleh anggota lain. Kategori pangkat telah diwujudkan, pada tahun 1978, dalam dokumen STANAG 2116, secara rasmi bertajuk Kod NATO bagi Gred Anggota Tentera. Terdapat dua skala, walaupun tidak semua negara anggota menggunakan semua poin pada skala NATO dan ada yang mempunyai lebih dari satu pangkat di beberapa poin (sebagai contoh banyak pasukan tentera mempunyai dua pangkat di OF-1, biasanya Leftenan):
![]() | Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (January 2017) |
Angka-angka dalam sistem secara umumnya sesuai dengan sistem tangga gaji tentera AS, dengan OR-x menggantikan E-x dan WO-x menggantikan W-x. Perbezaan utama ialah pangkat pegawai bertauliah, dimana sistem AS mengiktiraf dua pangkat pada peringkat OF-1 (O-1 dan O-2), yang bermaksud bahawa semua angka O-x selepas O-1 adalah satu poin lebih tinggi pada skala AS daripada mereka dalam skala NATO (contohnya seorang mejar adalah OF-3 pada skala NATO dan O-4 pada skala AS).
Gred Gaji DoD AS | Special | O-10 | O-9 | O-8 | O-7 | O-6 | O-5 | O-4 | O-3 | O-2 | O-1 |
---|
Gred Gaji DoD AS | E-9 | E-8 | E-7 | E-6 | E-5 | E-4 | E-3 | E-2 | E-1 |
---|