Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
---|---|
Industri | Pengiklanan |
Ditubuhkan | 5 Ogos 1935 |
Pengasas | Leo Burnett |
Ibu pejabat | Leo Burnett Building Chicago, Illinois, Amerika Syarikat |
Pemilik | Publicis |
Bilangan kakitangan | 9.000+ |
Syarikat induk | Publicis Groupe |
Pembahagian | Arc Worldwide Rokkan Turner Duckworth |
Tapak web | leoburnett |
sunting · sunting di Wikidata |
Leo Burnett Worldwide, Inc., juga dikenali sebagai Leo Burnett Company, Inc., ialah sebuah firma pengiklanan Amerika Syarikat yang diasaskan pada 5 Ogos 1935 di Chicago oleh Leo Burnett.[1]
Pada September 2002, syarikat ini diperolehi oleh Publicis Groupe, firma pengiklanan tertua dan ketiga terbesar di dunia.[2][3]
Leo Burnett Company, Inc. ditubuhkan pada 5 Ogos 1935 di Chicago oleh Leo Burnett.[4][2] Pada tahun 1944, firma ini membuka pejabat cawangan di New York City. Pada Februari 1967, Leo Burnett menyumbangkan semua saham syarikat ini ke sebuah pertubuhan amal. Agihannya kemudian "menghampiri $250 juta."[5]
Pada 20 Mac 1967, firma ini menyelesaikan pemerolehan terhadap D.P. Brother & Co.[2] Pada 8 Jun 1971, Leo Burnett meninggal dunia pada usia 79 tahun.[6]
Pada 3 November 1999, Burnett dan D'Arcy Masius Benton & Bowles mengumumkan penubuhan BDM. BDM kemudian bertukar nama menjadi Bcom3. Roy Bostock kemudian dilantik sebagai Pengerusi dan Roger Haupt dilantik sebagai CEO.
Pada September 2002, Bcom3 diperolehi oleh Publicis Groupe.[7][2]
Firma pengiklanan bebas Brazil, Tailor Made juga diperolehi oleh Publicis pada tahun 2011 dan digabung dengan Leo Burnett Brazil untuk membentuk Leo Burnett Tailor Made. Pada saat itu, kliennya antara lain Fiat, Procter & Gamble, Emirates, dan Chrysler.[8]
Rich Stoddart kemudian menjadi CEO syarikat ini bermula pada 2016.[9]
Maskot Pillsbury Doughboy untuk syarikat Pillsbury Company diciptakan Rudy Perz, seorang penulis iklan akhbar yang bekerja di Leo Burnett.[10]
Salah seorang pegawai firma ini, Tom Rogers, juga mencipta watak Charlie si Tuna untuk StarKist Tuna. Kempen iklan ini menambah frasa "Sorry Charlie" ke leksikon Amerika.[11] StarKist masih menggunakan Charlie untuk mewakili jenama mereka sehingga kini.[12]
Hubungan StarKist dengan Leo Burnett Company bermula pada 1958 dan berterusan setelah Heinz membeli StarKist pada tahun 1963. Untuk Heinz, firma ini menerbitkan sebuah siri iklan televisyen yang menekankan ketebalan jenama sos tomatonya, termasuk sebuah iklan yang menggunakan lagu Carly Simon, "Anticipation".[13]
Ikon iklan Jolly Green Giant dan Sprout juga berasal dari firma ini. Minnesota Valley Canning Company awalnya mencipta watak Jolly Green Giant sebagai seorang manusia gua raksasa untuk mewakili ukuran kacang LeSeur mereka yang besar. Leo Burnett kemudian ditugaskan untuk membuat Jolly Green Giant lebih kelihatan ramah. Pada tahun 1972, Jolly Green Giant ditemani Sprout agar lebih menarik bagi kanak-kanak.[14][15]
McDonald's mula beroperasi di India pada 1996 dan juga mempekerjakan Leo Burnett (India).[16]
Pada tahun 1961, firma ini menghasilkan iklan kempen "Dependability" untuk jenama Maytag. Kempen ini menampilkan testimoni pelanggan mengenai produk Maytag. Kempen ini berevolusi menjadi sebuah acara radio interaktif di Kanada, di mana seorang juruteknik akan memberikan saranan kepada pelanggan. Pada tahun 1967, watak 'Ol Lonely pertama kali muncul di televisyen. Jesse White memegang watak juruteknik Maytag sehingga 1989 dan digantikan oleh Gordon Jump.[17]
Diirma ini juga bekerjasama dengan Philip Morris (kini sebahgian dari Altria Group) untuk membangunkan Marlboro menjadi sebuah jenama global, dengan penekanan pada kemaskulinan melalui penampilan Marlboro Man di American Frontier.[18][19][20] Sebelum ini, Marlboro ialah "sebuah jenama feminin."[5][21]:p.LB-6
Burnett juga menghasilkan maskot Morris si Kucing untuk 9Lives. Ilan televisi yang menampilkan kucing itu diterbitkan bermula pada 1969 hingga Burnett menamatkan kerjasamamya dengan Heinz pada 1994.[13]
Dalam terjemahan bahasa Inggeris dari salah satu episod Pokémon: The Johto Journeys, iaitu The Whistle Stop, yang pada mulanya ke udara pada 2 Disember 2000, watak James diserap sebahagiannya oleh Victreebell, dan ketika bersusah payah melepaskan diri, ia mengatakan "Leo Burnett and 4Kids are the Devil!" secara terbalik. Eric Stuart, pelakon suara James dalam bahasa Inggeris kemudian menjelaskan[22] bahawa hal itu merupakan bentuk bantahan terhadap keputusan Leo Burnett yang menghentikan pemberian pampasan kepada pelakon suara Pokémon atas penggunaan klip audionya pada promosi untuk acara tersebut. Suara untuk adegan ini kemudian diubah kepada edisi untuk rumah.
Pada tahun 2019, anak syarikat firma ini di Brazil, Leo Burnett Tailor Made melakukan penempatan produk di Wikipedia, di mana mereka menempatkan gambar untuk mengiklankan produk The North Face di Wikipedia,[23][24][25] dan kemudian mengiklankan bahwa memang mereka lah yang melakukan itu pada sebuah video yang diunggah ke YouTube.[26][27] Selepas itu, Wikipediawan menghapuskan gambar tersebut,[28] dan Yayasan Wikimedia mengeluarkan sebuah kenyataan untuk mengutuk perbuatan Leo Burnett Tailor Made.[29]
The North Face kemudian menulis di Twitter untuk menyatakan bahawa mereka telah mengakhiri kempen tersebut dan bahawa "mereka amat percaya kepada misi Wikipedia dan meminta maaf kerana telah melakukan perkara yang tidak sesuai dengan prinsip Wikipedia."[30]