Lesti Kejora | |
---|---|
![]() Lesti Kejora pada taun 2021 | |
Kelahiran | Lestiani[1] 5 Ogos 1999 Cianjur, Jawa Barat, Indonesia |
Warganegara | Indonesia |
Nama lain |
|
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2014–kini |
Pasangan | Rizky Billar (k. 2021) |
Anak-anak | 1 |
Ibu bapa | Endang Mulyana (bapa) Sukartini (ibu) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Trinity Optima Production |
Lestiani, atau lebih dikenali sebagai Lesti Kejora atau Lesti (lahir di Cianjur, Jawa Barat, 5 Ogos 1999; umur 25 tahun) merupakan seorang penyanyi, Diva Dangdut, pelakon, penyampai dan usahawan asal Indonesia. Dia merupakan juara ajang pencarian bakat D'Academy musim pertama yang ditayangkan di Indosiar. Ia juga dikenali memiliki cengkok vokal yang khas dan suara yang menggelegar dalam setiap penampilannya.[3] Selepas menjuarai ajang tersebut, Lesti Kejora mengeluarkan debut single Kejora yang diciptakan oleh Nur Bayan dan diterbitkan pada tahun 2014 sebagai lagu kemenangannya di ajang pencarian bakat tersebut.[4]
Lesti, atau nama asal, Lestiani, lahir pada 5 Ogos 1999 di Cianjur, Jawa Barat. Lesti Kejora merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik dan satu-satunya anak perempuan, daripada pasangan Endang Mulyana dan Sukartini.[5] Adik-berakit lelakinya bernama Beni Mulyana Sopian dan Redi Mulyana Sopian.[6] Keluarganya beragama Islam dan berbangsa Sunda. Orang tuanya bekerja sebagai penjual mi ayam.[7]
Lesti Kejora menghabiskan masa kecilnya di Cianjur, Jawa Barat. Sejak berusia 4 tahun, Lesti gemar menyanyi dan mulai berlatih lagu tradisional Sunda.[7] Lesti Kejora belajar menyanyi secara sendiri menggunakan media kaset VCD.[8] Saat berusia 5 tahun, Lesti Kejora mula berani tampil di depan khalayak ramai.[9] Lesti Kejora memulai kerjaya nyanyiannya sebagai penyanyi orkestra di pelbagai panggung pada usia 8 tahun ketika duduk semasa darjah dua.[10] Pada usia 11 tahun, Lesti Kejora bekerja sebagai penyanyi organ tunggal, dengan mengikuti grup organ tunggal di kampungnya. Setiap ada organ tunggal, Lesti Kejora dibawa ayahnya ke tempat acara. Di acara tersebut, Lesti kejora menyanyikan lagu dangdut untuk mengasah vokal dan mentalnya di depan umum.[11]
Ketika dalam sekolah menengah, Lesti Kejora mengaku pernah mengalami pengalaman tidak menyenangkan saat bernyanyi, yakni ketika Lesti Kejora dibaling barang hadiah (saweran) dari penonton. Ayahnya mentafsirkan ini sebagai suatu pembulian, dan melarang Lesti Kejora daripada menyanyi.[12]
Lesti Kejora memperoleh pendidikan dasar dan menengah di sekolah negeri kampung halamannya, yakni SD Negeri Cikangkareng 2[13] dan SMP Negeri 1 Cibinong. Lesti Kejora kemudian melanjutkan pendidikan menengah tinggi di daerah Tangerang, tepatnya di SMA Ki Hajar Dewantoro tatkala beliau mulai mengembangkan kariernya di ibu kota selepas lulus pertandingan D'Academy.[14] Selanjutnya, pada 2018, Lesti Kejora melanjutkan pendidikan tinggi di Universitas Mercu Buana dalam bidang komunikasi.[15]
Pada usia 14 tahun, Lesti Kejora mengikuti uji bakat D'Academy di Bandung dan berhasil mendapatkan Golden Ticket untuk mengikuti konsert pencalonan di studio Indosiar. Setelah mengharungi D'Academy, beliau berjaya menjadi juara. Dalam konsert kemenangan, Lesti menerima hadiah 100 juta rupiah serta sebuah kereta. Pada malam itu juga, beliau berkesempatan melancarkan single berjudul Kejora ciptaan Nur Bayan.[16]
Pada akhir 2015, Lesti Kejora juga berkesempatan mewakili Indonesia dalam pertandingan D'Academy Asia, dan berjaya memperoleh naib juara berusaha mengalahkan pesaing senegaranya, Danang Pradana Dieva. Beliau juga memperoleh hadiah wang tunai 100 juta rupiah dan sebuah single berjudul Zapin Melayu karya komposer Malaysia Pak Ngah.[17]
Pada 2017, Lesti Kejora kembali melakar prestasi dalam industri dangdut, dengan memperoleh anugerah artis solo dangdut terbaik dalam Anugerah Musik Indonesia.[18]
Dalam upacara pembukaan Sukan Para Asia 2018, Lesti berkolaborasi dengan sejumlah penyanyi ternama negara, termasuk Armand Maulana, Once Mekel, Maudy Ayunda, Vidi Aldiano, Zara Leola, Regina Poetiray, dan Putri Ariani untuk menyanyikan lagu tema rasmi temasya, Song of Victory.[19][20][21][22]
Pada Oktober 2020, Lesti Kejora menjadi salah satu wakil Indonesia sebagai tetamu dalam acara AXN All-Stars di saluran AXN Asia yang berkolaborasi dengan pihak pemerintahan Indonesia untuk mendukung kempen pandemik COVID-19, Indonesia Care.[23]
Lesti Kejora bertunang dengan Rizky Billar pada 13 Jun 2021 di Gedong Putih, Lembang, Bandung. Acara melamar mereka yang berunsur adat Sunda ditayangkan secara langsung di Indosiar.[24] Acara ini, serta program-program berkaitan perkahwinannya mendapat perhatian ramai dan memperoleh penarafan yang tinggi dalam televisyen Indonesia.[25] Lesti Kejora akhirnya bernikah dengan Rizky Billar setelah melangsungkan ijab kabul pada 19 Ogos 2021 di Hotel Intercontinental Pondok Indah, Jakarta Selatan.[26][27]
Lesti Kejora melahirkan anak pertamanya pada 26 Desember, bernama Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. Walau bagaimanapun, bayinya lahir secara pramatang kerana komplikasi pada Lesti Kejora yang berpunca daripada keletihan akibat aktivitinya. Persalinan dilakukan secara caesar pada usia kehamilan 34 minggu.[28]
Pada September 2022, satu kontroversi ditimbulkan apabila Lesti Kejora membuat laporan polisi terhadap Billar ke Polres Metro Jakarta Selatan atas dakwaan kes Kekerasan Dalam Rumah Tanggal (KDRT) yang terjadi pada 28 September 2022 sekitar pukul 09.47 WIB dan 01.51 WIB. Dalam laporannya itu, Lesti berkata bahawa Billar bertindak memukul dan mencekik Lesti Kejora kerana perbuatan curangnya terbongkar, dengan Lesti Kejora meminta agar dipulangkan ke rumah ibu bapanya kerana kejadian itu. Tidak hanya itu, Rizky Billar juga cuba menarik Lesti ke arah bilik air dan kemudian memukulnya ke lantai berulang kali sehingga tangan kanan, kiri, leher dan tubuhnya kesakitan. Lesti Kejora diketahui mengalami pergeseran tulang leher akibat kejadian tersebut.[29]
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)