Lim Kok Thay | |
---|---|
Kelahiran | 16 Ogos 1951 |
Pusat pendidikan | Universiti London |
Pekerjaan | Ahli perniagaan |
Nilai bersih | AS$ 4.5 bilion (November 2017)[1] |
Pangkat | Pengerusi, Kumpulan Genting dan Star Cruises |
Pasangan | Cecilia Lim |
Anak-anak | 3 |
Ibu bapa | Lim Goh Tong Lee Kim Fa |
Nama Bahasa CinaTulisan Cina Tradisional林國泰Tulisan Cina Ringkas林国泰Hanyu PinyinLín GuótàiPOJ Bahasa HokkienLîm Kok-Thài Tan Sri Dato' Seri Lim Kok Thay (林国泰; lahir 16 Ogos 1951) ialah seorang ahli perniagaan dan jutawan Cina Malaysia. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi Kumpulan Genting, sebuah konglomerat kasino, pusat peranginan dan minyak sawit dengan permodalan pasaran hampir AS$40 bilion, dan anak kedua mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas syarikat itu. Beliau mempunyai nilai bersih AS$ 4.5 bilion, dan merupakan orang terkaya Malaysia yang keenam.
Lim berkahwin dengan Puan Sri Cecilia Lim. Mereka mempunyai 3 anak.[2][3]
Pada tahun 2002, beliau dianugerahkan penganugerahan kebangsaan "Tan Sri" oleh Yang di-Pertuan Agong, atas sumbangannya kepada Malaysia.
Pada 2009, Lim dinamakan "Travel Entrepreneur of the Year" oleh Travel Trade Gazette (TTG) Asia[4] dan "The Most Influential Person in Asian Gaming" oleh Inside Asian Gaming, atas sumbangan beliau kepada industri percutian dan perjalanan.[5]