Kombinasi | |
---|---|
Tiroksina | Hormon tiroid |
Triiodotironina | Hormon tiroid |
Data klinikal | |
Nama dagang | Thyrolar |
AHFS/Drugs.com | Monograph |
Kaedah pemberian | Melalui mulut |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
Pengecam | |
CompTox Dashboard (EPA) |
Liotriks, dijual dengan nama dagang Thyrolar, ialah sejenis ubat yang digunakan untuk rawatan hipotiroidisme; walaupun begitu, ia kurang digunakan berbanding levotiroksina.[1] Kegunaan lain termasuk goiter dengan fungsi tiroid normal dan kanser tiroid.[1] Ia diambil melalui mulut.[1] Ubat ini mengadungi campuran 4:1 levotiroksina (T4) dan triiodotironina (T3).
Penggunaan paling lazim adalah dalam rawatan hipotiroidisme melalui suplemen.[2][3] Kegunaan lain termasuk:
Agen tiroid tidak boleh digunakan untuk merawat obesiti, terutamanya bagi pesakit eutiroid. Dos tetap dalam pesakit hipotiroid boleh diterima, tetapi hanya dalam konteks merawat hipotiroidisme. Dos berlebihan (dan dos tahap biasa bagi pesakit eutiroid) boleh mengakibatkan kejadian kardiovaskular yang mengancam nyawa. Pesakit harus dinasihatkan supaya tidak mengambil agen simpatomimetik semasa menjalani rawatan hipotiroid, termasuk perangsang dan pil diet, kerana agen ini meningkatkan risiko kejadian kardiovaskular.[4]