Long Pasia merupakan salah satu pusat destinasi pelancong di Ulu Sungai Padas yang terletak selatan Sabah dan juga salah satu perkampungan kebudayaan etnik suku Lun Bawang/Lun Dayeh dan semuanya beragama Kristian Sidang Injil Borneo (SIB). Kira kira ada 1000 penduduknya.Nama Long Pasia diambil sempena dalam bahasa Lundayeh. Long bermaksud muara sungai, pa bermaksud abpa iaitu air dan sia bermaksud mesia iaitu merah. Kg Long Pasia ini juga boleh dikenali sebagai Kampung muara sungai air merah yang terletak di pendalaman Sabah yang bersempadan dengan negeri Sarawak dan Provinsi Kalimantan Utara, Indonesia. Long Pasia menyimpan sejarah Upai Semaring yang merupakan satu legenda suku asli Lun Bawang/Lun Dayeh di Sabah . Long Pasia dijadikan antara pusat pelancongan alam semula jadi yg ada di Sabah. Long Pasia berada di paling hujung daerah Sipitang.
Sejarah mengatakan nama sungai Long Pasia pertama kali tercatit dengan rasmi dalam peta British Borneo Utara di kawasan Residensi Pantai Barat pada abad ke 18 iaitu sungai Pasia.
Long Pa’Sia,Sipitang,Sabah merupakan salah satu tarikan aktiviti eko-pelancongan berdasarkan komuniti orang kampung. Long Pasia adalah tempat para penggemar aktiviti mendaki bukit dan gunung , berkelah serta berkhemah. Long Pasia juga pernah di jadikan sebagai pusat peranginan sama seperti Switzerland. Long Pasia juga menyimpan banyak tempat legenda Upai Semaring/Awang Semaun.
Ramai tokoh tokoh penting telah melawat di Long Pasia antaranya bekas Ketua Menteri Sabah YAB Tan Sri Musa Aman ,,YB Datuk Sri Panglima Mohd Shafie Apdal ,, YB Datuk sri Panglima Hajiji Noor dan bekas ketua polis negara Acryl Sani Abdullah Sani, Bekas Menteri JKR Baru Bian, Yang Dipertuan Dewan Negara Senator Malaysia Datuk Mutang Tagal.
Selain itu tokoh antarabangsa termasuk kerajaan Denmark seperti bekas permaisuri Margrethe II dari Denmark dan suami nya Henrik, Prince Consort of Denmark juga pernah melawat tapak di Long Pasia.