Lydia Kandou | |
---|---|
Kelahiran | Lydia Ruth Elizabeth Kandou 21 Februari 1963 |
Warganegara | Indonesia |
Pekerjaan | Pelakon, Peragawan, Penyanyi |
Pasangan | Jamal Mirdad (k. 1986; c. 2013) |
Anak-anak | 4 |
Lydia Ruth Elizabeth Kandou (lahir di Jakarta, 21 Februari 1963; umur 61 tahun) atau lebih dikenali sebagai Lydia Kandou merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan peragawan Indonesia dan pemenang Anugerah Citra. Beliau merupakan ibu dari Nana Mirdad dan Kenang Mirdad dan Naysila Mirdad, memiliki juga ketiga berprofesi sebagai pelakon.
Beliau dilahirkan sebagai Lydia Ruth Elizabeth Kandou di Jakarta pada 21 Februari 1963. Beliau berketurunan Belanda dan Filipina dengan India dan Minahasa.[1]
Lydia Kandou mula bekerja sebagai model, ketika berusia 16 tahun, Pengarah Imam Tantowi menawarkannya berlakon; beliau membintangi filem sulungnya Wanita Segala Zaman arahan Has Manan. Semasa tempoh lima tahun, beliau berlakon dalam 20 filem, termasuk beberapa filem yang diarahkan oleh Nyak Abbas Akup.[2][3] Ini termasuk memegang peranan sebagai kekasih hati penyanyi Chrisye dalam filem arahan Syamsul Fuad Seindah Rembulan[4] dan beberapa filem dengan rombongan teater Warkop.[3]
Lydia Kandou telah dicalonkan untuk Anugerah Citra untuk Pelakon Utama Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 1984. Beliau terus berlakon pada kadar yang perlahan antara 1985 dan 1990 Lydia Kandou berlakon dalam 10 filem.[3] Di antaranya, beliau menerima pencalonan Anugerah Citra.[2]
Pada 1986 Lydia Kandou, seorang Protestan, berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Muslim Jamal Mirdad dalam satu majlis perkahwinan sivil. Pada masa perkahwinan antara agama mereka dianggap sebagai "sensasi" oleh media berita[5] dan membawa kepada perbahasan yang menyeluruh mengenai pemilihan majlis perkahwinan itu. Akhirnya, perkahwinan sivil telah diharamkan di Indonesia.[6][7] Berikutan perbezaan agama, perkahwinan ini tidak diiktiraf oleh kerajaan sehingga 1995,[8] dan kes ini masih bersama-sama dalam perbincangan undang-undang sehingga tahun 2000-an.[6]
Pada 1990, Lydia Kandou memegang peranan utama dalam filem arahan Nyak Abbas Akup Boneka dari Indiana. Selepas menerima pencalonan lain untuk Anugerah Citra, Lydia Kandou dilaporkan gementar, akhirnya beliau menerima anugerah itu, kemenangan pertama beliau.[2] Filemnya yang lain pada tahun itu ialah komedi Warkop.[3] Beliau membintangi Ramadhan dan Ramona pada tahun beriutnya, yang membawa kepada kemenangan lain; suaminya, yang memegang watak utama, menerima Anugerah Citra untuk Pelakon Utama Lelaki Terbaik.[2]
Ketika industri perfileman Indonesia jatuh mendadak pada 1990an Lydia Kandou berhijrah ke televisyen. Bermula pada 1993 beliau muncul dalam Gara-Gara, pada 1997 beliau meninggalkan rancangan itu untuk menyertai Selendang Sutra Biru.[2] Beliau berlakon dalam sinetron hits Pernikahan Dini pada 2001, memegang watak ibu Dini, Shinta.[9]
Lydia Kandou kembali ke layar lebar pada 2004, apabila beliau berlakon dalam d'Trex dan Ketika.[2] Pada 2011 beliau berlakon dalam komedi Kejarlah Jodoh Kau Kutangkap, tajuk yang merujuk kepada karya terawalnya.[10]
Lydia Kandou memfailkan perceraian kepada Mirdad pada April 2013.[5] Pasangan ini dikurniakan dua anak: Nana Mirdad, Kenang Kana, Naysila Mirdad, dan Nathana Ghaza.[8] Dua daripada anaknya, Nana dan Naysila, mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon.[8]
Setakat 2013[kemas kini], Lydia Kandou telah berlakon dalam 55 filem.[3]
|
|
Lydia Kandou telah dicalonkan untuk enam anugerah, semua untuk pelakon terbaik. Lima adalah untuk Pelakon Utama Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia, sementara satu anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Bandung..[11]
Anugerah | Tahun | Kategori | Filem | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Festival Filem Indonesia | 1984 | Pelakon Utama Wanita Terbaiik | Untukmu Kuserahkan Segalanya | Tercalon |
1986 | Pelakon Utama Wanita Terbaiik | Kejarlah Daku Kau Kutangkap | Tercalon | |
1990 | Pelakon Utama Wanita Terbaiik | Cas Cis Cus (Sonata di Tengah Kota) | Tercalon | |
1991 | Pelakon Utama Wanita Terbaiik | Boneka dari Indiana | Menang | |
1992 | Pelakon Utama Wanita Terbaiik | Ramadhan dan Ramona | Menang | |
Festival Filem Bandung | 1993 | Pelakon Wanita Terbaik | Ramadhan dan Ramona | Menang |