Magik Rubik, sama seperti Kiub Rubik, ialah sebuah mainan teka-teki mekanik yang dicipta oleh Ernő Rubik dan mula-mula dihasilkan oleh Matchbox pada pertengahan 1980-an.
Magik Rubik terdiri daripada 8 jubin segi empat sama hitam (ditukarkan kepada segi empat merah dengan gegelang keemasan pada tahun 1997) yang diaturkan di dalam segi empat tepat 2 x 4. Alur-alur diagonal pada jubin-jubin tersebut memegang wayar yang mencantumkan semua jubin, membenarkan jubin-jubin tersebut untuk melipat ke atas masing-masing dan membuka semula lipatan tersebut dalam dua arah yang membentuk sudut tepat (dianggapkan tidak ada sambungan lain yang membataskan pergerakan) dalam gaya sama seperti sebuah permainan tangga Jacob. Bahagian depan permainan menunjukkan, dalam keadaan mulanya, 3 gegelang berwarna pelangi yang berbeza; bahagian belakang permainan pula menunjukkan sebuah gambar yang memaparkan tiga gegelang yang terikat dengan masing-masing yang dicampurkan. Tujuan permainan tersebut adalah untuk melipatkan permainan kepada bentuk hati dan membetulkan gambar pada bahagian belakang, sekali gus mengikat gegelang tersebut dengan masing-masing.
Pelbagai cara untuk menyelesaikannya wujud, dan pemain yang mahir boleh mengembalikan permainan tersebut dari keadaan asal kepada keadaan yang selesai di bawah masa 2 saat.[1] Cabaran yang lain untuk Magik Rubik termasuk menghasilkan semula bentuk yang telah diberi (yang bentuk-bentuk tersebut sering berbentuk tiga dimensi), kadang-kadang memerlukan jubin yang tertentu untuk berada dalam posisi dan/atau orientasi yang tertentu.
Magik Rubik mula dihasilkan oleh Matchbox pada tahun 1986. Ernő Rubik mempunyai kedua-dua paten Hungary dan paten Amerika Syarikat atas mekanisma Magik Rubik.
Pada tahun 1987, Magik Rubik: Edisi Mahir/Master Edition diterbitkan oleh Matchbox; permainan tersebut terdiri daripada 12 jubin keperakan diaturkan dalam segi empat tepat 2 x 6, menunujukkan 5 gegelang yang terikat dengan masing-masing yang perlu dibukakan dengan menukarkan permainan kepada bentuk yang sama seperti huruf W. Sekitar masa yang sama, Matchbox juga menghasilkan Magik Rubik Cipta Kiub,[2] "tahap kedua" versi Magik Rubik, di mana permainan diselesaikan apabila dilipatkan kepada bentuk kubus dengan asas terdiri daripada dua jubin, dan warna jubin bertemu pada bucu kubus tersebut.[3] Permainan tersebut tidak dipasarkan dengan luas, dan amat jarang untuk ditemui.
Pada tahun 1996, versi asal Magik Rubik dipasarkan oleh Oddzon, terdiri daripada gegelang kuning pada jubin merah; versi-versi lain (seperti varian versi asal dengan jubin kelabu berbanding dengan jubin hitam) juga dihasilkan, dan terdapat juga permainan strategi berdasarkan Magik Rubik. Sebuah versi 2 x 8 yang tidak berlesen juga dihasilkan, dengan sfera dicetakkan atas jubinnya berbanding dengan gegelang. Versi buatan sebesar 2 x 12 telah dibina menggunakan peralatan yang boleh didapati dari Oddzon.
Magik Rubik merumerupakan acara rasmi PKD dari 2003 hingga 2012.
Magik Rubik: Edisi Mahir (juga dikenali sebagai Magik Mahir) dihasilkan oleh Matchbox pada tahun 1987. Permainan tersebut adalah sebuah modifikasi Magik Rubik, dengan 12 jubin berbanding dengan 8 jubin di permainan asal, di dalam bentuk 2 x 6, yang digabungkan dengan wayar nilon.
Tujuan permainan tersebut adalah sama seperti tujuan Magik Rubik, iaitu untuk melipatkan permainan tersebut kepada bentuk seperti huruf W dengan pengaturan jubin yang betul. Pada asalnya, bahagian depan permainan menunjukkan 5 gegelang yang terikat. Apabila diselesaikan, permainan tersebut mengambil bentuk seperti huruf W, dan menunujukkan 5 gegelang yang tidak terikat pada bahagian belakang.[4]
Sebagai permainan teka-teki, Magik Mahir lebih ringkas daripada Magik Rubik kerana Magik Mahir menawarkan lebih banyak kebebasan, membenarkan seseorang untuk kerjakan satu bahagian, banyak mengabaikan bahagian-bahagian lain. Cara penyelesaian minima memerlukan 16 pergerakan[5]; terdapat pelbagai cara penyelesaian.[4]
Magik Mahir merupakan acara rasmi PKD dari 2003 hingga 2012.[6]
Rekod dunia bagi satu penyelesaian Magik Rubik ialah 0.69 saat, dimiliki oleh Yuxuan Wang. Yuxuan Wang juga memiliki rekod dunia bagi purata masa daripada 5 penyelesaian iaitu 0.76 saat yang dimiliki di pertandingan Beijing Summer Open 2011.[7]
Disebabkan oleh Persatuan Kiub Dunia tidak lagi mengiktirafkan Magik Rubik sebagai acara yang rasmi sejak 2013, Yuxuan Wang memiliki rekod dunia yang abadi bagi permainan tersebut.
Mainan teka-teki mekanik lain: