Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna-pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Majelis Ulama Indonesia (id) | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | MUI |
Jenis/bentuk sah | Organisasi |
Tujuan | Keagamaan Islam |
Tapak web | mui |
Sejarah | |
Dibentuk | 26 Julai 1975Jakarta | di
Pengurusan | |
Pengerusi | Ma'ruf Amin |
Pengerusi | Miftachul Akhyar |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Jalan Proklamasi No.51 Menteng, Jakarta Pusat, DKI Jakarta, Indonesia |
Lokasi |
|
Kawasan perkhidmatan | Indonesia |
sunting · sunting di Wikidata |
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Majelis Ulama Indonesia (singkatan MUI; Arab: مجلس العلماء الإندونيسي Majlis al-ʿUlama' al-Indunīsī) adalah lembaga bebas dan mandiri yang mengumpulkan para ulama, pembesar dan cendekiawan Islam serata Indonesia untuk membimbing, membina, dan memayungi umat Islam di Indonesia. Badan ini diasaskan pada 17 Rejab 1395 Hijriah atau 26 Julai 1975 Masihi di Jakarta, Indonesia.[1] Sesuai dengan tugasnya, MUI membantu pemerintah dalam melakukan hal-hal berkaitan kemaslahatan umat Islam, seperti mengeluarkan fatwa dalam status halal sesuatu makanan,[2] penentuan kebenaran sebuah aliran dalam agama Islam,[3] dan hal-hal yang berkaitan dengan hubungan seorang muslim dengan sekelilingnya.[4]
Sebanyak 26 badan agama diketuai ulama mewakili 26 buah provinsi se-Indonesia yang wujud pada ketika itu; 10 orang ulama daripada mereka ini menduduki kedudukan penting dalam peringkat pusat iaitu Nahdlatul Ulama, Muhammadiyah, Serikat Islam, Persatuan Tarbiyah Islamiyah (PERTI), Al Washliyah, Math’laul Anwar, Gerakan Usaha Pembaharuan Pendidikan Islam (GUPPI), Perguruan Tinggi Dakwah Islam (PTDI), Dewan Masjid Indonesia dan Al Ittihadiyyah, 4 orang ulama dari Departemen Nasional Rohani Islam, iaitu Angkatan-Angkatan Darat, Udara dan Laut Tentara Nasional Indonesia dan Polis Negara Indonesia serta 13 orang tokoh/cendekiawan yang merupakan tokoh perseorangan.
Dalam khittah pengabdian Majelis Ulama Indonesia telah dirumuskan lima fungsi dan peranan utama iaitu:
Sampai masa ini, Majelis Ulama Indonesia mengalami beberapa kali kongres atau musyawarah nasional, dan mengalami beberapa kali pergantian Ketua Umum. Dari musyawarah tersebut, terhasilnya suatu kesepakatan untuk membentuk wadah tempat bermusyawarahnya para ulama, pembesar dan cendekiawan muslim, yang tertuang dalam sebuah piagam yang ditandatangani oleh seluruh peserta musyawarah yang kemudian disebut "Musyawarah Nasional Ulama I".
Pembentukan majlis ini di bawah aturan pemerintah republik Indonesia menyatakan tiga tujuan umum:
MUI bertindak sebagai orang tengah atau "antarmuka" antara pemerintah Indonesia yang sekular (didasarkan pemisahan antara agama dan negara diamalkan Republik) dengan masyarakat Islam dalam kalangan rakyat negara tersebut
Perubahan dalam masyarakat awam setelah jatuhnya Suharto telah memperluas peranan MUI dan membuatnya semakin kompleks. MUI memberikan fatwa kepada masyarakat Islam; dengan cara ini mereka menentukan arah umum kehidupan umat Islam di Indonesia.[6]
MUI (khususnya sejak kejatuhan Suharto) telah memberikan pendapat dan mengeluarkan fatwa tentang pelbagai masalah, mulai dari peranan Tentara Indonesia dalam pemerintahan, penerimaan awam terhadap tarian bintang pop Inul Daratista, sampailah kepada hukum berdosanya pembakar hutan yang tidak sah di sisi undang-undang.[7][8]
Pengabdian Majelis Ulama Indonesia tertuang dalam tujuh tugas, iaitu:[9]
Berikut ini adalah daftar Ketua Umum Majelis Ulama Indonesia Pusat sejak 1975 sampai sekarang.[10]
Ketua | Tempoh menjawat | Perwakilan | Musyawarah
Nasional |
Penggal | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
No | Gambar | Nama | Mula khidmat | Tamat khidmat | |||
1 | Haji Abdul Malik Karim Amrullah | 26 Julai 1975 | 19 Mei 1981 | Masyumi – | Munas MUI I (1975) | 1 | |
2 | K.H. Syukri Ghozali | 24 Julai 1981 | 20 September 1984 | Nahdatul Ulama | Munas MUI II (1981) | 2 | |
3 | K.H. Hasan Basri | 1984 | 1985 | Masyumi – | Pemangku | ||
1985 | 1990 | Munas MUI III (1985) | 3 | ||||
4 | Dr. K.H. Muhammad Ali Yafie | 1990 | 1995 | Nahdatul Ulama | Munas MUI IV (1990) | 4 | |
1995 | 2000 | Munas MUI V (1995) | 5 | ||||
5 | Dr. (HC). K.H. Mohammad Ahmad Sahal Mahfudz | 29 Julai 2000 | 28 Julai 2005 | Nahdatul Ulama | Munas MUI VI (2000) | 6 | |
28 Julai 2005 | 25 Julai 2010 | Munas MUI VII (2005) | 7 | ||||
25 Julai 2010 | 24 Januari 2014 | Munas MUI VIII (2010) | 8 | ||||
6 | Prof. Dr. K.H. Din Syamsuddin, MA | 18 Februari 2014 | 27 Ogos 2015 | Muhammadiyah | Pemangku | ||
7 | K.H. Ma'ruf Amin | 27 Ogos 2015 | 26 November 2020 | Nahdatul Ulama | Munas MUI IX (2015) | 9 | |
8 | K.H. Miftahul Akhyar | 26 November 2020 | Penyandang | Nahdatul Ulama | Munas MUI XII (2020) | 10 |
MUI adalah organisasi yang didanai pemerintah Indonesia yang bertindak secara bebas mandiri daripada campur tangan pemerintah tersebut. Namun dalam beberapa situasi, MUI diminta untuk menyokong dasar-dasar kemukaan pemerintah. Contoh dari keadaan ini (yang akhirnya menyebabkan gesekan dalam tubuh MUI sendiri) adalah permintaan pemerintah Indonesia agar MUI mendukung program kawalan kelahiran Keluarga Berencana kerana banyak kalangan tokoh agama berpengaruh dalam negara ini menolak beberapa aspek dari program ini.[11]
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)