Maktab Rendah Kebangsaan

Maktab Rendah Kebangsaan
  • National Junior College
  • 国家初级学院
  • தேசிய ஜூனியர் கல்லூரி
Lokasi
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: "<span class=\"flagicon\">&nbsp;</span>Singapura" is not a valid name for a location map definition.
37 Hillcrest Road, Singapore 288913
 Singapura
Koordinat1°19′49″N 103°48′15″E / 1.330278°N 103.804167°E / 1.330278; 103.804167Koordinat: 1°19′49″N 103°48′15″E / 1.330278°N 103.804167°E / 1.330278; 103.804167
Maklumat
JenisPendidikan bersama
pemerintah
MotoService with Honour
Ditubuhkan20 Januari 1969; 55 tahun yang lalu (1969-01-20)
PengetuaEn. Dong Pow Chew
Kemasukanangg. 1900
Warna Merah   Putih   Kelabu 
MisiCollege of the Nation: Home of scholars and leaders who Serve with Honour.
NilaiLoyalty with Integrity
Scholarship with Creativity
Leadership with Sensitivity
Service with Honour
Laman sesawang
Map

Maktab Rendah Kebangsaan (singkatan NJC) ialah maktab rendah tertua di Singapura. Sebagai salah satu maktab rendah yang terulung di Singapura, ia diasaskan dalam tahun 1969 untuk menyatupadukan serta meningkatkan pendidikan pra-universiti di Singapura, dimana para pelajar yang berkebolehan berpeluang untuk menduduki Peperiksaan Peringkat Lanjutan (GCE 'A' Level) Singapura-Cambridge dalam masa dua tahun. Pertubuhan NJC juga menandakan satu tamadun dalam cara pendidikan pra-universiti dengan pengambilan guru-guru pakar serta sistem pengajaran 'lecture-tutorial' di mana cara pendidikan di universiti dicerminkan. Sejak itu, NJC terkenal sebagai antara institusi-institusi pengajian terhormat di Singapura yang berjaya mendidik dan mengeluarkan sarjana biasiswa yang memegang biasiswa terulung seperti Biasiswa Presiden (President's Scholarship) antara lain-lain. Kebanyakan pelajar-pelajar NJC meneruskan pendidikan mereka di menara gading samada di Singapura atau di luar negeri, dan ramai akhirnya menjadi pemimpin dalam bidang-bidang tersindiri.

Tidak seperti maktab-maktab rendah lain, NJC tidak mempunyai penggabungan dengan sekolah menengah manapun. Malah, NJC berusaha untuk mengambil dan mendidik para pelajar dari pelbagai latar belakang tanpa mengira bahasa, bangsa atau agama. Hal ini boleh dilihat dari bagaimana NJC ialah maktab rendah yang pertama untuk mengabungkan aliran-aliran bahasa yang berlainan kedalam satu aliran yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa am. Secara umumnya, demografi para pelajar NJC terdiri dari pelajar-pelajar Singapura serta pelajar-pelajar luar negeri. Walaupun kebanyakan para pelajar luar negeri berasal dari negara-negara ASEAN seperti Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Thailand sebagai biasiswa ASEAN, ramai juga berasal dari negara-negara seperti China, India, Hong Kong dan Korea. Selain itu, NJC juga telah berkali-kali menjadi tuan rumah kepada para pelajar dari negara Jerman, Jepun, China dan Taiwan dalam program-program penukaran dan pendalaman, di mana beberapa pelajar dari negara-negara tersebut mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran mereka di NJC sama ada untuk beberapa semester, atau sehingga ke akhir. Kenyataan ini membuktikan azam NJC untuk menjadi sebuah "Maktab Bangsa" (College of the Nation) yang bangga dengan kepelbagaiannya.

Pada tahun 2004, NJC sekali lagi menjadi maktab rendah Singapura yang pertama dalam mengasaskan sebuah Program Bersepadu (Integrated Programme atau IP) 4-tahun khas untuk para pelajar berkebolehan tinggi. Para pelajar program ini memasuki NJC pada peringkat Menengah Tiga dan tidak perlu menduduki Peperiksaan Peringkat Am (GCE 'O' Level) Singapura-Cambridge dengan sepenuhnya untuk menduduki Peperiksaan Peringkat Lanjutan (GCE 'A' Level) Singapura-Cambridge di akhir tahun keempat. Oleh itu, para pelajar IP mempunyai banyak peluang untuk menceburi bidang-bidang pilihan mereka dengan secara mendalam - sesuatu yang amat susah untuk dicapai dalam aliran pendidkan tradisional.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]