Jenis/bentuk sah | K.K. awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | TYO: 4917 |
Industri | Barangan pengguna |
Ditubuhkan | Osaka, Jepun (23 Disember 1927 ) |
Pengasas | Shinpachiro Nishimura |
Ibu pejabat | 5-12 Juniken-cho, Chuo-ku, Osaka, Jepun |
Kawasan perkhidmatan | Asia |
Tokoh penting | Motonobu Nishimura (Presiden) |
Keluaran | |
Hasil | ▲ JPY 68.21 bilion (FY 2013) (US$ 662.2 juta) (FY 2013) |
Pendapatan bersih | ▲ JPY 4.09 bilion (FY 2013) (US$ 39.7 juta) (FY 2013) |
Bilangan kakitangan | 2,316 (disatukan, sehingga 31 Mac, 2014) |
Tapak web | Tapak web rasmi |
Catatan kaki/rujukan | |
[1] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Mandom Corporation (株式会社マンダム , Kabushiki-gaisha Mandamu) merupakan pengilang dan pengedar bahan penjagaan kulit, minyak wangi, dan deodoran Jepun.[2] Syarikat ini ditubuhkan pada 1927 dengan nama Kintsuru Perfume Corporation (金鶴香水株式会社 ) lalu bertukar nama kepada Mandom Corporation pada tahun 1971.[3]
Pada tahun 1927, Shinpachiro Nishimura mengasaskan Kintsuru Perfume Corporation. Selepas berjaya mengeluarkan pomade yang dipanggil Tancho Stick pada tahun 1933, Kintsuru Perfume Corp mula menumpukan usaha masa depannya dalam bahan penjagaan lelaki. Menjelang tahun 1959, kejayaan Tancho Stick mengetuai syarikat itu untuk menukar namanya kepada Tancho Corporation.
Usaha Tancho yang berkembang di luar Jepun terus meningkat pada tahun 1970 ketika perusahaan melancarkan produk penjagaan lelaki baru yang amat berjaya yang disebut Mandom. Produk ini mengambil namanya daripada gabungan perkataan "human" (manusia) dan "freedom" (kebebasan).[4]
Jenama perdana:[5]
Jenama lain: Dr. Renaud, Guinot brand, Formulate, Aristia, dan Direction Refilia, Miratone, dan Johnny Andrean.
Dengan pengembangan Gatsby di pasaran antarabangsa, cabang Gatsby Mandom Corporation menjadi sangat berjaya dalam menghasilkan produk gaya rambut. Pada tahun 2007, pengeluaran "Moving Rubber", satu siri produk penggayaan rambut, memulakan gelombang populariti untuk produk Gatsby.[6] Kini,[bila?] Gatsby adalah pembuat kecantikan dan penjagaan rambut yang tenar untuk lelaki dan wanita. Jualan produk Gatsby menyumbang 59.6% daripada hasil syarikat pada tahun 2012.[5]