Marmaduke

Marmaduke
Fail:Marmaduke.png
Satu kartun Marmaduke daripada 13 September 2006
PengarangBrad Anderson
Status terkini/jadualBerlangsung
Tarikh dilancarkan1954
SindiketUnited Features Syndicate

Marmaduke ialah satu lerang komik surat khabar yang dilukis oleh Brad Anderson dari 1954 sehingga kini. Lerang ini dicipta oleh Anderson, dengan pertolongan daripada Phil Leeming (1955–1962) dan kemudian Dorothy Leeming (1963–1969), dan (sejak 2 Ogos 2004) Paul Anderson. Lerang ini mengikuti keluarga Winslow dan anjing Denmark besar mereka, Marmaduke. Lerang ini pada hari Ahad juga mempunyai cerita sampingan dipanggil "Dog Gone Funny", yang melibatkan satu atau lebih panel dikhaskan untuk anekdot anjing dihujahkan oleh peminat. Anderson, yang mengatakan beliau melukis rutin Laurel and Hardy untuk ideanya,[1] menerima Anugerah Kartun Panel Surat Khabar Persatuan Kartunis Kebangsaan untuk lerang ini pada 1978.

  • Marmaduke – Seekor anjing Denmark besar. Marmaduke tinggal dengan keluarga Winslow dan menunjukkan banyak ciri yang tidak biasa ditunjukkan oleh anjing.
  • Dottie – Suri rumah keluarga yang kehidupan hariannya akan menjadi sangat kurang susah jika tidak ada Marmaduke berdekatan.
  • Phil – Ketua rumah tangga. Phil menyayangi anjingnya sungguhpun telatah Marmaduke tetapi, tidak mengejutkan, muak sekali-sekala.
  • Barbara – Anak yang lebih tua Winslow.
  • Billy – Anak yang lebih muda Winslow.
  • En. dan Pn. Snyder – Jiran Winslow.

Brad Anderson memenangi Anugerah Reuben Persatuan Kartunis Kebangsaan untuk Kartun Panel Surat Khabar pada 1978,[2] dan Pingat Perintis George Arents untuk alumni Universiti Syracuse pada 1999.[3]

Marmaduke terus meluas disindiketkan,[3] dan popular dalam kalangan pembaca: cubaan untuk membatalkan Marmaduke telah mewujudkan bantahan, seperti oleh pembaca The Toronto Star pada 1999,[4] Sarasota Herald Tribune pada 2007,[5] dan Chicago Sun-Times pada 1986.[6]

Sungguhpun ini, jangka hayatnya dan kesenadaan terlihat[7] telah diperhatikan oleh penerbitan sindiran seperti The Onion,[8] dan menjadikannya gurauan,[4] atau "sumber hangat kelucuan retro-ironik-subversif":[9] satu blog dipanggil "Joe Mathlete Explains Today's Marmaduke"[10] mendekonstruksi lerang ini untuk menawarkan penjelasan alternatid untuk perkara yang berlaku dalam lukisan;[11][12][7][9] satu lagi blog dipanggil "Marmaduke Can Vote" memberi setiap panel kecondongan politik;[13][9] dan "The Marmaduke Project" membayangkan Marmaduke semula dalam bentuk lain.[14][9]

Dalam analisis sindirannya dalam The Comic Strip Doctor, David Malki dari Wondermark menempatkan Marmaduke antara "lerang komik surat khabar terteruk" bersama Heathcliff, Family Circus dan Dennis the Menace.[15]

Ada satu episod "Garfield and Friends" yang melibatkan kartun ini sengaja melakukan kesalahan, pada hujungnya Garfield memanggil Odie dengan Odie digantikan dengan Marmaduke.

Adaptasi siri animasi

[sunting | sunting sumber]

Ruby-Spears menerbitkan segmen Marmaduke untuk siri animasi 1980 Heathcliff, yang watak tajuknya juga berdasarkan watak lerang komik. Dalam versi animasi ini, watak lelaki disuarakan oleh Paul Winchell dan watak perempUan disuarakan oleh Russi Taylor.

Adaptasi wayang gambar

[sunting | sunting sumber]

Sebuah filem Marmaduke gabungan aksi langsung/animasi, yang melibatkan keluarga Winslow dan anjing-anjing janaan komputer berpindah dari Kansas ke California, dikeluarkan pada 4 Jun 2010.[16]

  1. ^ Josephson, Joan (12 Julai 2009). "History, Great Dane defy rain at Brocton-Portland festival". Evening Observer. Portland.
  2. ^ Marmaduke, bio at United Feature Syndicate website
  3. ^ a b ARENTS AWARD WINNERS, Syracuse University Magazine 1999: "The strip [...] now syndicated in more than 600 newspapers worldwide."
  4. ^ a b Garnet Fraser (3 Februari 2008). "Web sites mocking comic strips gain following". The Toronto Star.: "Marmaduke has arguably spent 50 years retelling the same two jokes – Marmaduke is a dog with some human qualities, and Marmaduke is gargantuan – but the Star's attempt to drop it in 1999 sparked a reader revolt."
  5. ^ "FROM YOUR READER ADVOCATE". Sarasota Herald-Tribune. AccessMyLibrary. 13 Januari 2007.
  6. ^ Our readers show their loyalties, Chicago Sun Times, 1 Oktober 1986
  7. ^ a b Laughing at, not with, the comics, Troy Reimink, Grand Rapids Press: "The daily comic strip strikes me as such a moldy, arcane form of entertainment, based on tired jokes repeated ad nauseam until the end of time. We get it: Garfield likes lasagna. Marmaduke is big."
  8. ^ Some Old Man Still Churning Out Marmaduke Diarkibkan 2010-03-12 di Wayback Machine, The Onion, 14 Mac 2008
  9. ^ a b c d Jay Cridlin (10 Oktober 2006). "Doggone funny at last". St. Petersburg Times. m/s. 1E–2E.
  10. ^ Marmaduke Explained
  11. ^ NPR Story about Marmaduke Explained: " Let's be clear. No one thinks Marmaduke is funny. [...] However, someone explaining Marmaduke -- that's funny."
  12. ^ CNN Article which mentions Marmaduke Explained
  13. ^ Marmaduke Can Vote
  14. ^ "Marmaduke Project". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-13. Dicapai pada 2013-05-28.
  15. ^ The Comic Strip Doctor - Marmaduke
  16. ^ "Owen Wilson to Voice Famous Comic Strip Character "Marmaduke"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-31. Dicapai pada 2013-05-28.
  • Strickler, Dave. Syndicated Comic Strips and Artists, 1924-1995: The Complete Index. Cambria, CA: Comics Access, 1995. ISBN 0-9700077-0-1.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Komik United Media