Mary Peltola | |
---|---|
Akalleq | |
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari daerah kongres besar Alaska | |
Menyandang jawatan 13 September 2022 | |
Didahului oleh | Don Young |
Ahli Dewan Perwakilan Alaska | |
Dalam jawatan 19 Januari 1999 – 19 Januari 2009 | |
Didahului oleh | Ivan Ivan |
Digantikan oleh | Bob Herron |
Kawasan pilihan raya | Daerah 39 (1999-2003) Daerah 38 (2003-2009) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mary Sattler 31 Ogos 1973 Anchorage, Alaska, A.S. |
Parti politik | Democratic |
Pasangan | Jonathan Kapsner (bercerai) Joe Nelson (bercerai) Gene Peltola |
Anak | 7 (termasuk 3 anak angkat) |
Pendidikan | Universiti Northern Colorado |
Laman web | Laman web Dewan |
Mary Peltola (nama kelahiran: Mary Sattler; Yup'ik: Akalleq[1]; lahir 31 Ogos 1973) ialah ahli politik dan bekas hakim mahkamah suku asli Amerika yang berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan A.S. untuk daerah kongres besar Alaska. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Suruhanjaya Perikanan Antara Suku Sungai Kuskokwim.
Beliau ialah wanita suku asli Alaska pertama terpilih ke Kongres setelah menewaskan calon-calon Republikan iaitu bekas gabenor Alaska Sarah Palin dan Nick Begich III dalam pilihan raya khas pada 16 Ogos 2022 bagi mengisi kekosongan disebabkan oleh kematian Don Young pada bulan Mac 2022.[2] Daerah kongres yang diwakili oleh beliau meliputi keseluruhan negeri Alaska, menjadikan daerah kongres ini yang terbesar di Amerika Syarikat dan kedua terbesar di dunia yang diwakili oleh seorang perwakilan setelah daerah Nunavut di Kanada.[3] Peltola memenangi semula kerusi yang beliau pegang, menewaskan semula Sarah Palin ketika pilihan raya umum November 2022.[4]