Masjid Asy-Syakirin مسجد الشاكرين | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Islam Sunni |
Dibuka pada | 12 Julai 1999 |
Status | Beroperasi |
Tempoh pembinaan | 1 tahun |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Mohd Saniza bin Ismail2009 (Imam Besar) Abu Bakar bin Awaludin2009 (Timb. Imam Besar) Mohd Abd. Nasir bin Abdullah2009 |
Dimiliki oleh | Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan No Daftar: MY-14-WKL-00023[1] |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur |
Seksyen | 58 |
Lokasi | Masjid Asy-Syakirin, Lot 41, Seksyen 58, Kuala Lumpur |
Koordinat | 3°09′26.0″N 101°42′57.9″E / 3.157222°N 101.716083°EKoordinat: 3°09′26.0″N 101°42′57.9″E / 3.157222°N 101.716083°E |
Maklumat pembinaan | |
Gaya seni bina | Asia Barat dan Timur |
Bil. kubah | 1 |
Bil. tingkat | 3 |
Kapasiti jemaah | 12,000 orang |
Keluasan | 100 ekar |
Arkitek | Zaki Associate |
Kontraktor | KLCC Project |
Bahan binaan | Logam Besi Batu marmar |
Kos | RM24 juta |
sunting |
Masjid Asy-Syakirin (Arab: مسجد الشاكرين ; lebih dikenali sebagai Masjid KLCC) ialah sebuah masjid yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Masjid ini terletak di hujung utara Taman KLCC, berdekatan pusat beli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas. Masjid ini mampu menampung kemasukan seramai 12,000 orang, semenjak diubah suai pada tahun 2009.
Masjid ini telah dibina oleh KLCC Project pada tahun 1997 lalu siap pada tahun 1998. Masjid ini dibina di atas tapak yang seluas 100 ekar. Pada mulanya, masjid ini didaftarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai sebuah surau pada 12 Julai 1999 untuk kegunaan petugas Petronas sebelum dinaikkan taraf sebagai masjid yang ditadbir oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).[bila?] Kos pembinaannya mencecah RM 24 juta serta boleh menampung 6,500 orang jemaah dalam satu masa.[2]
Masjid dua tingkat ini berkeluasan 21 hektar. Masjid ini dianggap[nyatakan menurut siapa?] sebagai "Permata Dalam Taman" kerana kedudukannya yang strategik dan berhadapan dengan Taman KLCC.[3] Masjid ini turut menyediakan sebuah dewan yang mampu menampung seramai 1,000 orang dengan dilengkapi sistem audio, bilik mesyuarat dan bilik jenazah.[4]
Nama Asy-Syakirin yang bermaksud 'orang-orang yang bersyukur' dipilih sebagai nama rasmi untuk masjid ini. Masjid ini merupakan sebuah mercu tanda seni bina Islam di sebuah kawasan yang pesat membangun di tengah ibu kota, Kuala Lumpur.[perlu rujukan]
Pada awal 2009, kerja-kerja pengubahsuaian masjid dengan kos RM 25 juta telah dimulakan. Pengubahsuaian yang dijangka siap pada bulan November 2009 tersebut adalah untuk meningkatkan tampungan masjid kepada 11,000 orang jemaah berikutan pertambahan bilangan jemaah solat Jumaat.[5]
Pada 26 Ogos 2011, Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan masjid ini sebelum solat Jumaat diadakan. Yang turut hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Othman Mustapha; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali; dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh.[6]
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Asy-Syakirin, KLCC |