Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid | |
---|---|
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Muhammad Zulhazam Bin Sharif 2017 (Imam Besar) Muhammad Azri Fakhri Bin Rusdi2019 (Timb. Imam Besar) |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-01-JB-00753 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Lokasi | Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Jalan Kebudayaan Taman Universiti Skudai, Johor |
Laman sesawang | |
Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid | |
sunting |
Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid ialah sebuah masjid yang terletak di kejiranan bandar Taman Universiti, Skudai, Johor, Malaysia. [1] Masjid ini telah dirasmikan sendiri oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan telah dinamakan sempena Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang pertama, iaitu Tan Sri Ainuddin Wahid.[2]
Tan Sri Ainuddin sendiri hadir dalam majlis perasmian masjid ini yang diadakan pada 20 Mei 2005.[2][3]
Masjid ini telah dibangunkan bermula pada tahun 2000 dan telah siap dibina sepenuhnya pada 31 Mei 2003.
Masjid ini yang dibina dan berwarna biru secara keseluruhan telah dibina dengan menggabungkan senibina melayu dan juga ciri-ciri seni bina Timur Tengah.
Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid,
Jalan Kebudayaan, Taman Universiti,
81300 Skudai, Johor Darul Takzim. [3][4]