Masjid Raja Alang | |
---|---|
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Status | Aktif |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | (Imam Besar) (Timb. Imam Besar) |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Daerah Hulu Langat |
Lokasi | Kampung Tanjung, 43700 Beranang |
Koordinat | 2°52′27″N 101°52′14″E / 2.874049°N 101.870556°EKoordinat: 2°52′27″N 101°52′14″E / 2.874049°N 101.870556°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 4 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Konkrit |
sunting |
Masjid Raja Alang merupakan sebuah Masjid Qariah yang terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.
Masjid Raja Alang terletak di kedudukan Latitud 2 darjah, 52 minit, 27 saat Selatan dan Longitud 101 darjah, 52 minit, 20 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 38minit, 4 saat. [1]
Masjid Raja Alang terletak di pekan Beranang, Selangor Darul Ehsan. Masjid ini telah dibina sejak sebelum 1900 lagi. Senibinanya agak unik iaitu reka bentuk Moor, mungkin direka oleh arkitek British di Pejabat Daerah Hulu Langat pada zaman British.
Sebelah masjid ini ialah Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang. Waktu tengah hari, pelajar sekolah agama ini sembahyang zohor dan asar di masjid ini.
Masjid ini dinamakan Masjid Raja Alang sempena nama Raja Alang Ibn Raja Berayun, dan ia dibina atas tanah wakaf yang diwakafkan oleh kerabat diraja Raja Alang. [2]
Masjid Raja Alang memiliki nombor pendaftaran MY-10-HL-00039