Masjid al-Dhirar (Arab: مسجد الضرار ), juga dirujuk sebagai Masjid Munafiq atau Masjid Pencabulan ialah sebuah masjid yang dibina oleh penduduk Madinah yang didirikan berhampiran Masjid Quba. Masjid tersebut pada mulanya diperakui oleh baginda Nabi Muhammad ﷺ semasa dalam perjalanan untuk Perang Tabuk tetapi selepas kepulangan baginda, baginda mengarahkan kemusnahan masjid tersebut. Peristiwa ini berlaku pada Oktober 630 Masihi[1]. Dalam riwayat umum kebanyakan ulama dan para sarjana, masjid ini dibina oleh dua belas orang munafik dari golongan Ansar atas arahan Abu 'Amir al-Rahib; rahib Kristian yang enggan menerima ajakan Nabi Muhammad ﷺ kepada Islam malah turut bertarung bersama Musyrikin Makkah menentang Islam dalam Peperangan Uhud.[2] Abu 'Amir dilaporkan turut menyuruh mereka itu membina kubu dan menyediakan apa sahaja dari segi kekuatan ataupun senjata-senjata seperti yang dijanjikannya dan meyakinkan mereka bahawa dia akan membawa tentera, disokong oleh Heraclius, untuk melawan Muhammad ﷺ dan sahabat baginda dan menghalau mereka dari Madinah.[3] Ahmad ibn Yahya al-Baladhuri turut meriwayatkan yang golongan ini, yang membina masjid Al-Dhirar "dengan tujuan membahayakan, dan kemungkaran serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman" enggan bersembahyang di Masjid Quba dan mendakwa masjid itu dibina di tempat keldai pernah ditambat.[4]
Nabi Muhammad ﷺ bersedia untuk ke masjid itu, sebelum baginda dihalang oleh wahyu tentang kemunafikan dan niat jahat pembina masjid tersebut[5]. Baginda dan sahabat baginda percaya mereka adalah kaum munafiq dan mempunyai agenda jahat dalam pembinaan Masjid Dhirar. Maka, baginda mengarahkan orang-orang baginda meruntuh dan membakar masjid tersebut.[3][6]
Menurut sejarah Islam, Nabi Muhammad ﷺ diminta untuk bersolat di situ sebagai tanda pengakuan dan perasmian masjid tersebut tetapi menerima wahyu (disebut di dalam Al-Quran Surah At-Taubah ayat 107 dan 110[7][8][9]) yang menyebabkan masjid tersebut dimusnahkan. Disebabkan itu, masjid tersebut turut dikenali sebagai Masjid Pembangkang.
Menurut Syeikh Dr Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy dalam "Fiqhus Sirah", kisah masjid ini merupakan puncak tipu daya orang-orang munafiq kepada Nabi Muhammad ﷺ , maka, baginda terus mengambil tindakan tegas berdasarkan wahyu dari Allah.
Abu 'Amir ar-Rahib merupakan seorang yang beragama Hanif.[10] Walau bagaimanapun, dia tidak menyukai Nabi Muhammad ﷺ , dan dilaporkan bertarung dalam Perang Badar. Dia mahu mempertahankan status penduduk Madinah yang membenarkannya untuk mengamalkan agamanya secara bebas. Dia juga menyertai pasukan Musyrikin Quraisy menentang Islam ketika Peperangan Uhud. Kebanyakannya mengatakan yang Abu Amir telah meminta bantuan pemerintah Byzantine untuk membantunya menentang Nabi Muhammad ﷺ . Abdullah ibn Ubayy pula ialah anak saudaranya. Abu Amir meninggal pada tahun ke-9 atau ke-10 Hijrah di perkarangan istana Heraclius.[11]
Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsirnya yang Abu 'Amir Ar-Rahib (rahib Kristian) memberitahu golongan Muslim munafiq Ansar untuk membina masjid. Abu Amir juga diriwayatkan berkata kepada beberapa orang yang dia akan berjumpa dengan Maharaja (Caesar) Empayar Byzantine dan kembali dengan Tentera Rom untuk menghalau Muhammad.[7]
Menurut Ar-Rahīq al-Makhtum, buku moden kisah Nabi Muhammad yang dikarang oleh penulis India Muslim Saif ur-Rahman Mubarakpuri, masjid yang diberi nama Masjid-e-Dharar telah dibina oleh kaum Munafiq. Apabila masjid tersebut siap dibina, pembinanya mendekati Nabi Muhammad ﷺ untuk bersembahyang di dalamnya. Tetapi baginda mengangguhkan dahulu hal tersebut sehingga kepulangan baginda dari Perang Tabuk. Melalui wahyu, Nabi Muhammad ﷺ telah diberitahu tentang tujuan masjid tersebut yang mempunyai unsur menentang Islam. Maka, kembalinya baginda dari Tabuk, baginda menghantar sepasukan tentera Islam untuk memusnahkan masjid tersebut.[9]
Ahmad ibn Yahya al-Baladhuri turut menyebut akan hal ini. Beliau berkata yang masjid tersebut telah dibina oleh mereka yang enggan bersembahyang di Masjid Quba hanya kerana ia dibina di tempat yang pernah tertambatnya seekor keldai. Mereka lebih rela membina masjid lain sehingga Abu Amir boleh mengimamkan sembahyang di dalamnya. Walau bagaimanapun, Abu Amir tidak pernah memeluk Islam tetapi dia lebih rela untuk meninggalkan Madinah dan memeluk agama Kristian. Banu Amir ibn Awf telah membina Masjid al-Quba dan Nabi Muhammad ﷺ telah mengimamkan sembahyang di dalamnya tetapi, satu lagi kabilah yang bersaudara, Banu Ghan ibn Awf telah berasa iri hati dan turut mahukan Nabi Muhammad ﷺ bersembahyang di dalamnya, tetapi mereka turut berkata: "Abu Amir mungkin melalui kawasan ini dalam perjalannya dari Syam, dan mengimamkan sembahyang kita".[4] Nabi Muhammad ﷺ yang bersiap untuk ke masjid tersebut telah dihalang oleh turunnya wahyu yang mendedahkan tentang niat jahat dan kemunafikan pembina masjid itu.[5]
Apabila Nabi Muhammad ﷺ pulang dari Tabuk, tentera Muslim telah berhenti di Dhu Awan. Seperti yang baginda maklumkan, baginda ingin untuk ke masjid itu bagi mengotakan kata baginda. Kemudian, turunlah wahyu yang menegaskan baginda tentang larangan untuk bersembahyang di dalam masjid tersebut:
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). [Quran 9:108]
Sesetengah orang Islam yang membina masjid tersebut mendakwa yang masjid itu dibina untuk orang yang lemah, sakit dan memerlukan. Disebabkan wahyu mendedahkan tentang kemunafikan mereka, baginda mengarahkan tentera baginda untuk membakarnya. Tentera tersebut memasuki masjid itu dan membakarnya walaupun ada orang "lemah dan sakit" di dalamnya dan selepas itu orang-orang tersebut melarikan diri dari situ".[12]
Ibnu Kathir berkata, memberitahu yang Nabi Muhammad ﷺ mengutus Malik bin Dukhsyum, Ma'an bin Adi,' Amir bin As-Sakan dan Wahsyi. Kemudian berkata,
"Pergilah kalian ke masjid yang didirikan oleh orang-orang zalim (Masjid Dhirar), kemudian hancurkan dan bakarlah."
Maka mereka pun berangkat dengan segera. Malik bin Dukhsyum mengambil api dari pelepah kurma dari rumahnya. Mereka bertolak lalu membakar dan menghancurkan masjid tersebut.[13]
Isma'il Qurban Husayn (terjemahan at-Tabari, Jilid 9, Tahun-tahun Terakhir Nabi) berspekulasi dengan menyatakan dalam nota kaki 426, yang orang tersebut "mungkin" dikaitkan dengan mereka yang ingin membunuh Nabi Muhammad ﷺ dalam Perang Tabuk, tetapi Tabari sendiri tidak mendakwa sedemikian.[14]
William Muir pula menyebut yang Nabi Muhammad ﷺ percaya masji tersebut dibina untuk memecah belahkan perpaduan orang Islam dengan menarik mereka ke masjid lain di Quba[8] selain Masjid Quba, yang pertama kali dibina oleh orang Islam atas dasar takwa.[15]
Peristiwa ini turut disebut dalam al-Quran Surah At-Taubah ayat 107:
Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. [Quran 9:107]
Ilmuan Islam Ibnu Kathir dalam tafsirnya bagi ayat tersebut:
(Jika kita kembali dari perjalanan kita, Insya Allah.) Apabila Rasulullah pulang dari Tabuk dan kira-kira satu atau dua hari lagi dari Al-Madinah, Jibril turun kepada baginda dengan berita mengenai Masjid Ad-Dhirar dan kekufuran dan perpecahan antara orang yang beriman, iaitu orang yang menjadi ahli Masjid Quba (yang dibina atas dasar takwa dari hari pertama), bahawa Masjid Ad-Dhirar bertujuan untuk hal tersebut. Oleh itu, Rasulullah ﷺ menghantar beberapa orang ke Masjid Ad-Dhirar untuk menghancurkannya sebelum baginda sampai ke Al-Madinah. 'Ali bin Abi Talhah meriwayatkan bahawa Ibn` Abbas berkata mengenai ayat ini (9: 107), "Mereka adalah beberapa orang dari golongan Ansar yang Abu Amir berkata, 'Bina Masjid dan sediakan apa sahaja yang anda boleh sama ada kuasa dan senjata, kerana saya akan berjumpa Caesar, maharaja Rom, untuk membawa tentera Rom yang dengannya akan saya usir Muhammad dan sahabatnya.' Apabila mereka membina Masjid mereka, mereka datang kepada Nabi dan berkata kepadanya, "Kami selesai membina Masjid kami dan kami ingin anda berdoa di dalamnya dan berdoa kepada Allah bagi kita untuk rahmat-Nya [Tafsir ibn Kathir tentang ayat 9:107].[7]
Peristiwa ini turut disebut oleh ulama al-Tabari seperti berikut:
"Rasulullah berjalan sehingga baginda berhenti di Dhu Awan, sebuah pekan yang perjalananya satu jam siang hari dari Madinah. Orang-orang yang telah membina Masjid Percanggahan (masjid al-dhirar) telah datang kepada baginda ketika baginda bersedia untuk Tabuk dengan berkata, 'Wahai Rasulullah, kami telah membina masjid untuk yang sakit dan mereka yang memerlukan dan untuk berteduh dari hujan dan sejuk, dan kami ingin anda melawat kami dan mendoakan kami di dalamnya.' [Nabi] berkata bahawa baginda di ambang perjalanan, dan baginda sibuk, atau perkataan yang bermaksud sedemikian, dan apabila baginda kembali, Insya-Allah, baginda akan datang kepada mereka dan berdoa untuk mereka di dalamnya. Apabila baginda berhenti di Dhu Awan, berita masjid itu datang kepada baginda, dan baginda memanggil Malik b. al-Dukhshum, saudara dari Bani Salim b. 'Auf, dan Ma'n b. 'Adi, atau saudaranya 'Asim b. 'Adi, saudara-saudara Banu al-'Ajlan, dan berkata, "Pergilah ke masjid ini yang pemiliknya adalah orang-orang yang zalim dan hancurkan dan bakarlah ia". Mereka keluar dengan rancak sehingga mereka sampai ke (perkarangan kawasan) Bani Salim b. 'Auf yang merupakan kabilah Malik b. al-Dukhshum. Malik berkata kepada Ma'n, "Tunggu saya sehingga saya membawa api dari kabilahku." Dia pergi ke kaum kerabat dan mengambil pelepah kurma dan menyalakannya. Kemudian kedua-dua mereka berlari sehingga mereka masuk ke dalam masjid, bertembung dengan orang-orangnya di dalam, lalu membakar dan memusnahkannya dan mereka bersurai. Dalam hal ini, ia diturunkan dalam al-Quran ... [Tabari, Jilid 9, Tahun-tahun Terakhir Nabi, m/s 60-61][16]
Hal ini turut disebut oleh Ibnu Mardawaih yang meriwayatkan dari Ibnu Ishaq yang berkata, "Ibnu Syihab az-Zuhri menyebutkan dari Ibnu Akimah al-Laitsi dari anak saudara Abi Rahmi al-Ghifari r.a. yang dia mendengar Abi Rahmi al-Ghifari r.a. (dia termasuk yang ikut baiat kepada Rasulullah ﷺ pada hari Hudaibiyah) berkata:
"Telah datang orang-orang yang membangun masjid dhirar kepada Rasulullah ﷺ , pada saat baginda bersiap-siap untuk berangkat ke Tabuk. Mereka berkata, “Wahai Rasulullah ﷺ , kami telah membina masjid buat orang-orang yang sakit mahupun yang mempunyai keperluan pada malam yang sangat sejuk dan hujan. Kami senang jika engkau mendatangi kami dan solat di masjid tersebut.” Kemudian Rasulullah ﷺ menjawab,” Aku sekarang mahu berangkat berpergian, insya-Allah setelah kembali nanti aku akan mengunjungi kalian dan shalat di masjid kalian.” Kemudian dalam perjalanan pulang dari Tabuk, baginda ﷺ beristirahat di Dzu Awan (jaraknya ke Madinah sekitar setengah hari perjalanan). Pada waktu itulah Allah Azza wa Jalla memberi khabar kepada baginda ﷺ tentang masjid tersebut yang mereka niatkan untuk membahayakan kaum muslimin dan sebagai bentuk kekafiran.” Lubabun Nuqul fi asbabin nuzul hal. 111, Darul Maktabah Ilmiyyah,Syamilah[17]
|title=
(bantuan)Note: Book contains a list of battles of Muhammad in Arabic, English translation available here, and archive of page
Abu ‘Amir eventually left Medina in A.H. 3, after once more joining Quraysh against the Muslims, this time at the Battle of Uhud