Master in the House | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | All the Butlers |
Genre | Realiti Aneka |
Dibintangi oleh | Cha Eun-woo Yoo Su Bin |
Negara asal | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 35 (per 9 September 2018) |
Penerbitan | |
Lokasi | Korea Selatan |
Tempoh siaran | 90 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | SBS |
Siaran asal | 31 Disember 2017 | – kini
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Master in the House (Hangul: 집사부일체 ; juga dikenali sebagai All the Butlers; disingkat sebagai Jipsabu) ialah rancangan televisyen Korea Selatan yang dibintangi oleh Cha Eun-woo Lee Seung-gi, Lee Sang-yoon, Yang Se-hyung, Dong Hyun Kim, Shin Sung-rok dan Yook Sung-jae. Ia disiarkan di SBS setiap hari Ahad pada jam 18:20 (WPL) mulai 31 D8sember 2017.
Pada Januari 2022, Malaysia ialah negara pertama di Asia yang menerbitkan versi tersendiri Master in the House, dikenali sebagai Master in the House Malaysia (MITHM), yang diterbitkan bersama oleh Primeworks Studios dan SBS. Sidang media diadakan di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya di One Utama, Petaling Jaya, menampilkan lima Master Malaysia: Siti Nurhaliza, Yusof Haslam, Rashid Sidek, Sherson Lian, dan pengasas WAU Animation Muhammad Usamah Zaid Yasin. Lima selebriti terpilih ialah: Hael Husaini, Andi Bernadee, Meyrasam (Cassia), Scha Elinnea dan Sharifah Rose. Rancangan ini mempunyai 10 episod, dan disiarkan di TV3 bermula 15 Januari 2022 setiap Sabtu jam 22:00 (WPM).[1]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2018 | 45th Korean Broadcasting Awards | Best Entertainment Variety Show Award | Master in the House | Menang | [2] |