Mathira

Mathira
متھیرا چوہدری
Semasa shoot video "Piya Re" oleh Furqan and Imran
Kelahiran
Mathira Chaudhry

(1992-02-25) 25 Februari 1992 (umur 32)[1]
Harare, Zimbabwe
WarganegaraPakistan
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Pempengaruh internet
  • Penyanyi
Tahun aktif2007–kini
PasanganFarran J. Mirza (Flint J) (k. 2014; c. 2018)
SaudaraRose Mohammad (adik)[2]

Mathira Chaudhry (Urdu: متھیرا چوہدری), mononim dikenali sebagai Mathira, ialah model, pelakon dan penyanyi Zimbabwe dan Pakistan.[3] Dia telah menjadi host beberapa rancangan televisyen dan muncul dalam video muzik. Dia terkenal dengan lagu itemnya yang bertajuk ''Main Hoon Shahid Afridi'' dan filem Punjabi India ''Young Malang.''

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Mathira lahir dari keluarga Muslim di Harare, Zimbabwe. Ayahnya ialah orang Melayu sedangkan ibunya berasal dari Pakistan.[4] Bersama dengan adiknya, Rose Muhammad keduanya membesar dan bersekolah di Zimbabwe. Hari pun berlalu, keadaan di negara itu semakin mengkhawatirkan selepas pentadbiran Robert Mugabe. Ibu Mathira mencuba untuk merayu sang ayah agar mahu meninggalkan Zimbabwe dan bermastautin di Pakistan. Ayah Mathira menolak, dia ingin agar keluarganya bersabar. Sang ayah memutuskan untuk tetap tinggal dan mencari kerjaya di tanah kelahirannya meski berat. Ibu Mathira kemudian membawa paksa Mathira yang masih 14 tahun bersama dengan adiknya keluar dari Zimbabwe, meninggalkan sang Ayah sendirian ke Pakistan. Sejak itu, Mathira tidak pernah lagi berbicara dengan ayahnya sampai mendekati kematian. Salah satu hal yang paling ia sesali dalam hidupnya.[5]

Selepas bermastautin di Pakistan, Mathira tampil dalam video muzik bertajuk tampil Jadugar, Desi Beat dan "Nachdi Kamal" oleh Malkoo. Pada Mac 2011, dia tampil menjadi host untuk siaran malam Love Indicator di Vibe TV.

Mathira beberapa kali tampil dalam majalah pakian Pakistan.[6] Pada 2013, dia debut di Bollywood dengan menyanyikan lagu "Lakk Ch Current" sederum berlakon dalam filem India Punjabi bertajuk Young Malang.[7] Mathira menyanyikan lagu "Masti Mein Doobi Raat Hai" di filem Main Hoon Shahid Afridi yang dibintangi Humayun Saeed.[8] Dia kemudian tampil dalam video muzik "Jhootha" yang dinyanyikan penyanyi rap India Arbaaz Khan pada 30 Disrmber 2013.

Pada 2014, Mathira tampil dalam Vipin Sharma.[9] Pada 2015, Mathira tampil untuk video muzik bertajuk "Piya Re" dengan Furqan and Imran, lagu yang mirip dengan karya Adnan Sami Khan yang bertajuk "Bheegi Bheegi Raaton Mein".[10][11]

Dari tahun 2017 sehingga 2019, dia berlakon sebagai deuteragonis untuk siri Geo Kahani bertajuk Naagin.[12] Pada 2019, dia tampil sebagai watak utama dalam filem debaran romantik Sirf Tum Hi To Ho yang ikut dibintangi oleh Danish Taimoor.[13]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Mathira berkahwin dengan seorang penyanyi Punjab bernama Farran J Mirza (dikenal sebagai Flint J) pada 2012. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, Aahil Rizvi yang lahir pada September 2014.[14] Keduanya berpisah pada Januari 2018.[15] Mathira sempat melawat ke Zimbabwe, beberapa masa sebelum ayahnya maut pada tahun 2021.

  1. ^ Magnier, Mark (25 September 2011). "Sexy TV host's popularity underscores Pakistan's contradictions". Los Angeles Times. Dicapai pada 4 August 2014.
  2. ^ "Mathira's sister Rose Muhammad to debut with the film Azaad". 12 July 2014. Dicapai pada 2 November 2014.
  3. ^ Qamar, Saadia (14 October 2011). "I don't take bakwas: Mathira". The Express Tribune. Dicapai pada 4 September 2022.
  4. ^ "First person: Ma Ma Mathira". Dawn. 9 January 2011. Dicapai pada 4 September 2022.
  5. ^ "My Father Was The First Man To Break My Heart, Says Mathira". Aaj News.
  6. ^ "Yes, I'm bold & it is not a sin: Mathira Khan". The Times of India. 12 January 2017. Dicapai pada 4 September 2022.
  7. ^ "Mathira Khan to Appear in Bollywood Exposing Herself Boldly". n.d.
  8. ^ ON (n.d.). "Masti Mai Dobay Raat | KING MNA – Video Dailymotion". Dailymotion.com. Dicapai pada 29 September 2013.
  9. ^ Nabi, Zehra (1 January 2014). "Mathira's back with new music video 'Jhootha'". The Express Tribune. Dicapai pada 3 January 2014.
  10. ^ Siddiqui, Taimoor (2015-05-05). "Bringing back the band culture". The Express Tribune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-04.
  11. ^ "Mathira croons a tribute to Adnan Sami Khan". The News International. 20 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2015.
  12. ^ Haq, Irfan Ul (26 September 2017). "Mathira is back with a supernatural serial". Dawn. Dicapai pada 2 October 2017.
  13. ^ Qamar, Saadia (2016-02-22). "Danish Taimoor, Mathira-starrer 'Tum Hi To Ho' will hit theatres on Eidul Fitr". The Express Tribune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-04.
  14. ^ "Motherhood: Mathira welcomes a baby boy". The Express Tribune (dalam bahasa Inggeris). 2014-09-03. Dicapai pada 2022-09-04.
  15. ^ "Mathira shares break-up letter on Instagram following divorce with husband". Dawn (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-30. Dicapai pada 2022-09-04.