Maklumat peribadi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kelahiran | Adelaide, Australia Selatan | 24 Ogos 1992||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ketinggian | 1.90 m (6 ka 3 in)[1] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Berat | 86 kg (190 lb)[1] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Maklumat Pasukan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Disiplin | Trek berbasikal | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Peranan | Rider | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jenis penunggang | Pecut | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pasukan profesional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
|
Matthew Glaetzer (lahir 24 Ogos 1992) ialah pelumba basikal trek Australia.
Beliau bersaing dalam acara pecut berpasukan pada Sukan Olimpik Musim Panas 2012, dan memenangi Kejohanan Dunia 2012 dalam acara sama bersama Scott Sunderland dan Shane Perkins.[2]
Glaetzer mewakili Australia dalam Pecut Lelaki, Keirin Lelaki, dan acara Pecut Berpasukan Lelaki di Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.[1]
Pada 12 November 2017, di pertandingan Piala Dunia di Manchester, Glaetzer menjadi penunggang pertama yang pernah memecahkan waktu 1:00 minit untuk percubaan masa 1 km, di Velodrome bertaraf lautan.
Pada Sukan Komanwel 2018, Glaetzer memenangi pingat emas dalam acara keirin lelaki.[3] Beliau kemudian tersingkir daripada acara pecut lelaki di suku akhir. Keesokan harinya, beliau memenangi emas dalam acara percubaan masa 1 km lelaki.[4]
Di Sukan Olimpik Musim Panas 2020, Glaetzer mengundang kontroversi semasa peringkat akhir acada Keirin apabila beliau membenarkan jurang yang besar antara Jason Kenny dari Great Britain dan seluruh pelumba yang lain.[5]
Glaetzer merupakan seorang Kristian. Beliau menyatakan bahawa dirinya telah menjadi seorang Kristian sepanjang hidupnya, tetapi hanyut kerpecayaan dari Tuhan semasa zaman remaja akibat kecederaan. Beliau mendedikasikan semula hidupnya kepada Tuhan di sebuah kem yang dijalankan oleh gereja tempatan.[6] Beliau juga berkata Tuhan memberinya hadiah dalam sukan berbasikal.[7] Glaetzer mengetuai kumpulan belia di Influencers Church di Paradise, Adelaide.[8]
|title=
(bantuan)