Melayu Australia

Malay Australians
Kawasan ramai penduduk
Pulau Cocos (Keeling), Pulau Christmas, Perth, Broome, Sydney, Melbourne, Brisbane[perlu rujukan]
Bahasa
Inggeris Australia, Melayu, Indonesia
Agama
Kebanyakannya Islam, dengan minoriti tidak beragama
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu, Melayu Cocos, Melayu Pulau Christmas

Orang Melayu Australia adalah seorang warga Australia berketurunan Melayu. Mereka adalah sebahagian dari diaspora Melayu (atau Melayu Perantau). Kebanyakan Melayu Australia dipercayai tinggal di Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos (Keeling) di Australia.[perlu rujukan] Seperti yang ditunjukkan dalam budaya Melayu Cocos, orang Melayu di Australia berasal dari kepulauan Indonesia dan Malaysia serta beragama Islam. Oleh itu, boleh dikatakan walaupun berbeza keturunannya, namun mereka disatukan sebagai satu etnik Melayu melalui asimilasi kebudayaan dan keagamaan mereka. Buruh kasar Melayu dibawa masuk ke Australia terutamanya untuk mengusahakan pertanian kopra, tebu, penuaian mutiara dan trepang. Di Kepulauan Cocos khususnya, orang Melayu mual-mulanya dibawa masuk dan diperhambakan oleh Alexander Hare pada tahun 1826, tetapi kemudian diupah sebagai pemetik kelapa untuk penghasilan kopra. Bagaimanapun, tiadanya fakta sejarah yang membuktikan apa-apa penempatan Melayu di tanah besar Australia dan pantai timur sehinggalah akhir abad ke-19, di mana mereka bukan sahaja mengusahakan industri trepang atau mutiara, bahkan juga penanaman tebu.

Di Australia Barat dan Wilayah Utara, penyelam mutiara Melayu diupah melalui perjanjian bersama Belanda. Pada tahun 1875, di Australia Barat sahaja terdapat seramai 1,800 penyelam mutiara yang bertugas. Ramai di kalangan mereka pulang ke tanah air setelah luputnya kontrak mereka.

Penghijrah Melayu ke Australia masa kini berasal terutamanya dari Malaysia dan Singapura, sebagai penuntut, ilmuwan dan pakar. Mereka telah menubuhkan pertubuhan kebudayaan di Australia, misalnya Malay Australian Association of New South Wales.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bacaan selanjutnya

[sunting | sunting sumber]
  • Cleland, Bilal. The Muslims in Australia: A Brief History Diarkibkan 2002-10-13 di Wayback Machine. Melbourne: Islamic Council of Victoria, 2002.
  • JPS Bach, 'The pearlshelling industry and the "White Australia" policy', Historical Studies, Australia and New Zealand, vol. 10, no. 38, May 1962, pp. 203-213
  • Bilal Cleland, Muslims in Australia: A Brief History, www.icv.org.au/history.shtml
  • Nahid Kabir, Muslims in Australia: Immigration, Race Relations, and Cultural History, Kegan Paul, London, 2004
  • Nahid Kabir, 'Muslims in Western Australia, 1870-1970', Journal of the Royal Western Australian Historical Society, vol. 12, part 5, 2005, pp. 550-565
  • L Manderson, 'Malays' in James Jupp (ed.), The Australian People, Angus and Robertson, Sydney, 1988, pp. 691-93
  • Daniel Oakman, Facing Asia: A History of the Colombo Plan, Pandanus Press, Canberra, 2004
  • Gwenda Tavan, The Long, Slow Death of White Australia, Scribe, Melbourne 2005

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]